Artikel Pilihan

KW CARAVAN PARK AND CABIN STAY KINI DIBUKA

Ini adalah berita baik buat penggemar aktiviti luar seperti caravan ini. Brader Karrager telah ditemukan di alam maya sebuah campsite untuk penggemar caravan yang lengkap untuk dijadikan lokasi persinggahan. KW Caravan Park and Cabin Stay bolehlah dikatakan sebagai sebuah campsite yang lengkap seumpamanya di Malaysia.

Campsite yang baru sahaja disiapkan kini telah bersedia untuk dihuni pada setiap hujung minggu atau bila-bila masa sahaja yang difikirkan sesuai oleh penggemar aktiviti berbentuk riadah bersama ahli keluarga. Ia terletak di selatan tanahair, di daerah Pontian. Di antara ciri-ciri lengkap yang harus ada pada sebuah campsite adalah ruangan dapur awam (common kitchen).

Walaupun di dalam caravan masing-masing sudah tersedia ruang untuk memasak, tapi ada kalanya bagi sebuah campervan ia tidak memadai. Malah ada di antaranya langsung tidak mempunyai dapur elektrik. Takkan nak masak makan malam jenis budak pengakap, iya tak? Melainkan anda memandu kenderaan jenis motorhome, maka ruangan memasak bukanlah satu isu besar.

BACAHONDA MALAYSIA TERUSKAN INISIATIF PENUKARAN INFLATOR BEG UDARA TAKATA UNTUK TAHUN 2017

BACAPANDUAN MEMBAWA ANAK BERJALAN JAUH DENGAN KERETA

Selain itu, kemudahan tandas awam juga amat diperlukan bagi menjadi sebuah campsite yang bagus. Sebabnya, sama macam jawapan di atas. Kebanyakan campervan / caravan hanya mempunyai tandas bersaiz keranda. Nak angkat siku pun berlaga dengan pintu.Itu belum lagi nak beristinjak. Mau terkepak pintu tandas nanti.

Melainkan motorhome, maka isu tandas bukanlah satu masalah besar juga. Jadi, untuk melengkapi keperluan motorhome, maka dumping station diperlukan untuk membuang sisa kumbahan ke saluran yang sepatutnya. Manakala 6 soket bekalan kuasa elektrik turut dibekalkan untuk kegunaan. Di samping sejumlah pili air bagi tujuan pengisian semula bekalan air.

Kawasan KW Caravan Park boleh tahan luasnya.  Ia mampu memuatkan sekitar 10 buah motorhome / campervan bersaiz sederhana dalam kawasan berpagar. Kira ciri-ciri keselamatan tu memang lengkaplah. Manakala bagi mereka yang datang dengan bukan caravan, usah khuatir kerana tapak perkhemahan turut disediakan. Bagi mereka yang inginkan lebih keselesaan, bolehlah menginap di 10 set kabin yang diubahsuai daripada kontena. Barulah hipster tidur dalam kabin orang kata, iya tak?

Selain daripada itu, menambahkan ciri-ciri daya penarik sudah tentulah sebuah kolam mandi yang diperbuat daripada kontena juga sedia untuk digunakan kepada pengunjung. Malam hari lepak bersama ahli keluarga sambil makan udang bbq. Bunyi macam menarik bukan?

Baiklah, Brader Karrager nak buat satu pengakuan. Sejujurnya Brader Karrager memang cukup minat dengan aktiviti caravan / campervan / motorhome ini. Sewaktu menjadi penulis jemputan di sebuah web pemotoran yang tidak kurang handalnya, Brader Karrager pernah memaparkan secara eksklusif tentang sebuah caravan buatan tempatan (CKD).

Sambutan yang diterima oleh pembaca boleh tahan juga. Insya Allah, kalau diizinkan Tuhan, Brader Karrager berhasrat untuk berjumpa dengan pemilik campsite dan motorhome / caravan ini sendiri. Boleh kongsi dengan semua pembaca Mekanika.

Sumber Gambar: KW Caravan Park and Cabin Stay

Google ads

B K

Back to top button