LAMBORGHINI LM002 – SUPER SUV INI IALAH AYAH KEPADA URUS

SHARE

Lamborghini bakal melancarkan SUV terbaru mereka yang dinamakan Urus pada 4 Disember hujung tahun ini. Jika anda menyangka Urus adalah SUV pertama Lamborghini maka anda telah melakukan kesilapan. Ini kerana hampir 25 tahun dahulu Lamborghini telah menghentikan pengeluaran super SUV mereka yang cukup ‘gila’ dan dinamakan LM002.

Inilah antara SUV paling berkuasa pada era tersebut dan sedikit sebanyak mempengaruhi rekaan SUV selepas itu. Kalau anda rasa Humvee dah cukup ganas, fikir balik lepas ini.

Ia diberi nama jolokan “Rambo Lambo” dan merupakan saru produk unik keluaran syarikat Itali ini. Ia pada awalnya merupakan prorotaip untuk kegunaan tentera tetapi gagal. Dikuasakan dengan enjin 5.2-liter 420 hp V12 yang diambil daripada Lamborghini Countach, ia merupakan model pertama BMW dengan sistem pacuan empat roda. Kalau dah namanya Rambo dah tentulah ia cukup ganas. Mana ada SUV lain menggunakan enjin V12.

BACA: LAMBORGHINI RANCANG KELUARKAN MODEL BARU EMPAT-PINTU MENJELANG 2021

Jika itu masih belum mencukupi, pelanggan boleh memilih enjin L804 7.2-liter V12 yang biasanya dilengkapkan pada powerboat Class 1. Kalau kat Malaysia memang berapi la kena bayar cukai jalan.

LM002 mempunyai kemasan kulit pada bahagian dalam lengkap dengan penyaman udara dan sistem audio berkualiti tinggi. Ia menggunakan tayar Pirelli Scorpion run-flat (rupanya teknologi run-flat sudah wujud masa ni) yang banyak membantu gergasi ini bergerak khususnya pada permukaan lembut dan berpasir.

BACA: BOT LAJU RARE LAMBORGHINI –  GUNA DUA ENJIN LAMBO V12, BERTAHUN TERSOROK

Ia boleh dipandu hampir ke mana sahaja asalkan seleranya yang sentiasa dahagakan petrol dipenuhi. Kehebatan menggunakan petrol merupakan punca ia dilengkapkan dengan tangki petrol yang mampu diisi dengan 290 liter petrol!

Legasinya mungkin akan disambung oleh Urus tetapi rasanya kegilaan yang ada pada LM002 memang sukar ditemui.

GALERI:

(Visited 1,021 times, 46 visits today)

Share this post

scroll to top