Artikel Pilihan

LAWATAN KE KILANG SUDU DI JEPUN (SPOON SPORTS); KAMI CINTA HONDA!

“Sebenarnya, cerita yang saya tulis ni dah lama. Dimuatkan dalam majalah KERETA edisi khas Tokyo Auto Salon yang diterbitkan pada Mac 2014. Disebabkan majalah ni telah berkubur, sayang rasanya kalau info di dalamnya di lupakan. Saya rasa, ada beberapa artikel yang sesuai dikongsi bersama pembaca mekanika”

Benda ini sebenarnya tak ada dalam perancangan awal. Tak terpikir pun nak sampai ke sini. Kata si kawan saya Amid, Meor pernah sampai sini (dan juga HQ J’S Racing kat US?). Sebab tu kita gelar “purist” Honda. Budak-budak Honda ni ada DNA pelik yang suka benda asli melampau. Bukanlah perkara yang pelik kalau sebuah half-cut Civic EK9 yang diceraikan boleh untung lagi banyak dari sebijik half-cut Skyline R34.

Mugen dan Spoon. Dua nama yang tak boleh berpisah dari sejarah Honda dalam bidang kelajuan. Walaupun produk terawal Honda ialah motosikal supercub, Honda pada hari ini lebih terkenal dalam bidang sukan motor bila 2 nama ini berdampingan. Ceewah. Saya pun tak pernah mimpi nak sampai ke garaj sebenar Spoon ni. Cadangan rombongan sehari sebelum balik ke Malaysia nampaknya membuahkan hasil.

img_1026

Terletak di daerah Ogikubo, Spoon adalah nama penting dalam meletakkan nama Honda di depan dalam bidang perlumbaan. Pengasasnya, Tatsuru Ichishima adalah seorang pelumba yang bermula sebagai pemandu ujian Honda Motor. Masa tahun 80-an dulu, beliau yang minat sangat berlumba telah berjaya memujuk Honda dan Mugen membekalkan peralatan pada kereta Honda Civic ZC yang legend tu. Memang terbaik sebab kepakaran awal Ichishima ialah menala komputer dan itu berlaku pada tahun 80-an!

Selepas perlumbaan demi perlumbaan dan konsep binaan Civic lama (diulangi Civic LAMA) iaitu MM (Man Maximum/Mechanic Minimum) yang cemerlang menjadikan Ichishima lebih kearah membina Honda sahaja lepas tu. Konsep perlumbaan Ichishima ialah cepat dan tahan (fast and durable) sebab kalau tengok perlumbaan macam Super Taikyu, kelajuan saja tak penting, tahan lama bermaksud endurance untuk pusingan lebih mantap. Kereta tak hlang kuasa dan semua bahagian dapat beroperasi optimum pada sepanjang perlumbaan.

SONY DSC

Bayangkan pada awal 90an, Ichishima berjaya inventasi teknologi badan ringan dengan menggunakan titanium dan karbon. Waktu itu gentian karbon ni hanya digunakan untuk industri angkasalepas saja malah F1 pun tak meluas lagi. Pada acara Auto Salon tahun 1993, buat pertama kalinya Spoon menayangkan sebuah Civic EG dibalut karbon sepenuhnya. Ya. lebih 20 tahun dulu!

Sepanjang penglibatan Spoon dalam perlumbaan, mereka mula menghasilkan produk untuk dijual kepada umum. Benda-benda penting lain yang ikonik adalah seperti brek aluminium dan brek Monocoque 4 pot.

SONY DSC

Menjelang tahun 2000, Spoon memperkenalkan Type One. Ya, garaj yang anda tengok gambarnya ini. Kami sampai di sini, ia terletak tak berapa jauh dari ibu pejabat asal Spoon. Ahli rombongan melompat-lompat keriangan bila nampak logo Type One ni dengan beberapa buah kereta sedang ditala dalam garaj. Sibuk masing-masing ambik gambar diri sendiri sampaikan mana gambar Insight 1st Gen kat tingkat bawah yang saya suruh snap tu? Tak boleh pakai betul!

Type One ni adalah konsep baru Spoon yang mana mereka sering tegaskan tiada produk Type One. Ye, memang tak ada produk; Type One adalah konsep talaan. Maksudnya pelanggan hantar kereta ke sini dan bagitahu nak macamana. Mereka akan tala dan sediakan kereta samada untuk berlumba atau cuma untuk pasang absorber. Falsafah Ichishima ialah sebuah kereta sebenarnya tak boleh hanya pasang produk, ia perlu dipasangkan dengan dinamik produk lain barulah jadi kereta yang lengkap. Boleh pulak camtu? Kalau saya nak pasang sticker je?

SONY DSC

Untuk anda yang rasa kami hebat sebab sampai sini, baik lupakan. Sebenarnya senang sangat nak sampai ke sini hanya dengan berpandukan peta keretapi sahaja. Ni alamatnya 1-3-16 Minami Ogikubo, Suginami-ku, Tokyo 167-0052.

Memudahkan perjalanan, cari stesen Ogikubo dulu. Ogikubo terletak di daerah Suginami dan keretapi hubungannya ialah Chuo Line, Sobu Line atau Musashino Line. Tak macam sesetengah tempat di Jepun yang ada nama hampir sama contohnya KaihinMakuhari, Makuhari dan Makuharihongo, Ogikubo ada satu nama saja, setahu saya lah.

SONY DSC

Anda boleh download peta di sini. Bergantung pada dari mana lokasi semasa, tak perlu tukar tren kalau dari Akihabara. Atau mungkin satu stesen saja kalau berhubung dengan rangkaian “circle” macam Yamanote Line. Saya rasa senang sangat dibandingkan nak pergi trek Fuji atau Daikoku Futo PA. Tak hairanlah bila saya buka blog ramai sangat yang dah pernah melawat syarikat Spoon/ Type One ni.

Dekat 2 jam jugalah kami menjenguk bergambar bagai. Maklumlah, bukan senang nak sampai tempat macam ni. Betul lah kata orang kalau dah minat kereta, sampai tempat macamni kelam-kabutnya  mengalahkan sampai Eiffel Tower.

Sampai bertemu lagi tahun depan! Jumpa lagi geng Sudu!

Google ads
Back to top button