LAWATAN KE MUZIUM YAMAHA JEPUN YANG MEMANG BERBALOI!

SHARE

Selain daripada lawatan rasmi ke Tokyo Auto Salon, perjalanan krew mekanika kali ini turut memasukkan pelbagai jenis muzium sebagai tentatif. Semalam, kami melawat dua muzium (tiga, jika termasuk tempat kelahiran Soichiro Honda) yang terletak di daerah Hamamatsu Jepun, kira-kira empat perjalanan menaiki kereta dengan kelajuan normal pemandu Jepun.

Sebenarnya, Hamamatsu adalah daerah penting kerana melahirkan jenama penting Jepun kepada dunia seperti Yamaha, Suzuki dan Honda.

YAMAHA, MASA LALU DAN KEGEMILANGAN HARI INI

Sejak melancarkan YA-1 yang terkenal dengan nama samaran Akatonbo (red dragonfly) pada Februari 1955, Yamaha Motor Corporation berubah menjadi salah satu konglomerat penting kepada industri dunia.Mereka telah mengembangkan dan menjual pelbagai produk seperti enjin, enjin marin dan pelbagai produk kuasa lain

Yamaha Communication Plaza adalah muzium moden yang terletak sebahagian dari kilang Yamaha di Iwata, Hamamatsu. Ia digunakan sebagai ruang untuk menerangkan masa lalu, masa kini dan masa depan Yamaha Corporation.

Terdapat ratusan produk pembuatan melangkaui zaman lalu dan bayangan masa depan yang ada di Yamaha Motors dengan falsafah korporatnya “Memberi inspirasi dan kemakmuran baru kepada orang di seluruh dunia”.

Perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah Yamaha YA-1 a.k.a Dragonfly. Ia adalah motosikal pertama Yamaha, seterusnya mengubah syarikat pembuat alat muzik menjadi pengeluar motosikal yang disegani di dunia.

Di sini juga dipamerkan Toyota 2000GT yang menarik dengan warna emas. Ini adalah kereta sukan tulin yang dibangunkan secara bersama oleh Yamaha Motors dan Toyota Motor Corporation pada tahun 1967.

Di Tingkat dua pula menampilkan aktiviti dari sejarah Yamaha Motors sejak penubuhannya. Di antara motosikal yang dipaparkan dalam susunan kronologi adalah jentera sebenar yang memenangi Rali Paris-Dakar.

Selain itu, terdapat juga kereta lumba, kerusi roda, kapal marin dan ATVroda yang mempamerkan kehebatan teknikal Yamaha Motors dalam banyak bidang.

Terdapat juga Ruang Pameran Khas dengan pameran yang disusun secara teratur. Antaranya termasuk “Revival of the Motor Show”, “Koleksi model 2-silinder hingga 70-an” serta ilustrasi dan koleksi foto yang berkaitan dengan enjin dan motosikal Yamaha.

Di sini, pelawat boleh melihat model dari pelbagai produk Yamaha, bermula dengan motosikal dan skuter yang digunakan di seluruh dunia. Juga dipamerkan ialah bot, enjin bermotor, kereta salji, ATV, enjin kereta, basikal elektrik yang dibina dengan kuasa bateri, kerusi roda elektrik, kereta golf, helikopter tanpa pemandu, generator, robot industri dan lain-lain.

Bagi peminat perlumbaan sejati pula, motosikal lagenda yang ditunggang Wayne Gardney, Kenny Roberts turut di pamerkan, termasuklah Yamaha R1M yang ditunggang Valentino Rossi.

Motor kecil?

Ada juga, tapi kebanyakannya ialah skuter. Kecuali ada sebuah motosikal yang kita kenal iaitu Yamaha NVX.

Nah, boleh tengok foto di bawah.

Dan. Kalau anda berminat untuk melawat muzium ini, memang kami sokong. Ia satu perjalanan yang berbaloi.

GALERI

Share this post

scroll to top