Artikel Pilihan

LONDON TAXI HYBRID BAHARU DIUJI CUACA PANAS MELAMPAU DI ARIZONA

Umum mengetahui bahawasanya London Taxi Company bakal mempertaruhkan kenderaan hibrid yang baharu untuk kegunaan di Kota London dan sebagai persediaan mereka telah membawanya sehingga ke jauh Arizona bagi menguji ketahanannya dengan cuaca panas melampau.

BACATOYOTA KE70 TEKSI DRIFT

BACAPENANTIAN BERAKHIR – GEELY AUTOMOBILE KINI RAKAN STRATEGIK PROTON, LOTUS DIJUAL SEPENUHNYA

Sebelum menggunakan teksi yang serba baharui bermula 2018, syarikat London Taxi Company yang telahpun menguji teksi mereka di Artic pada awal tahun yang lalu dan kini mereka mahu menguji pula bagaimana teksi ini mampu bertahan dalam cuaca yang panas melampau terutamanya peralatan bateri yang digunakan pada sang hitam ini.

Dengan pengumpulan data dariapda ujian yang dilakukan dapat memastikan mereka memahami dan mengkaji dengan lebih tepat berkenaan fungsi dan ketahanan bateri yang dipasang.

Teksi hibrid baharu yang dipasang di kilang baharu mereka di Ansty, tidak jauh dari kilang yang lama yang telah mengeluarkan sejumlah 130,000 unit teksi hitam semenjak 60 tahun yang lalu. Untuk rekod, teksi yang dikenali dengan kod nama TX5 ini telah menjalani ujian sejauh 300 batu sehari di Arizona yang bersamaan dengan jarak 20 kali ganda ulang-alik antara Kota London dan Lapangan Terbang di Heathrow.

Ujian ini bakal diteruskan di kawasan yang mempunyai suhu lembap yang melampau selain daripada kawasan pergunungan bagi memastikan keupayaan teksi hitam yang juga merupakan antara mercu Kota London dapat menyesuaikan diri dengan kegunaan lasak seharian.

Sebagai info tambahan, syarikat induk London Taxi Company, Geely telah melabur kira-kira £300m (RM 1,651 juta – ok, keliru juga sebetulnya nak tulis angka banyak-banyak ni. ) bagi tujuan memastikan sejumlah 20,000 unit TX5 ini mampu dikeluarkan setahun.

Firma dari China itu telah membeli London Taxi Company pada 2012 dan mula bercadang untuk mengeluarkan semula lambang ikonik Kota London itu dengan serba baharu (kenderaan hibrid elektrik) sebelum penguatkuasa Pengangkutan London mula mengeluarkan undang-undang emisi yang lebih ketat.

Sebetulnya Brader Karrager agak curiga juga mengapa mereka menguji cuaca panas melampau sampai ke Arizona tu. Nak kata panas, rasanya tak adalah beza sangat suhu Arizona dengan Ladang Tebu di Perlis sana tu. Kalau nak betul-betul panas, bawa pergi uji di Kaherah pun molek juga rasanya, iya tak?

Sumber : Newspress

Google ads

B K

Back to top button