MENUNGGANG MOTOSIKAL AKAN JADIKAN ANDA PEMANDU YANG LEBIH BAIK

yamaha-slider-luar.jpg
SHARE

Hari ini saya hampir terlibat kemalangan. Sebuah Perodua Viva dari lorong paling kiri (di laluan 3 lorong) cuba mencelah untuk masuk ke simpang paling kanan. Mujur dah jangka ia akan membelok tanpa endahkan orang lain. Saya sempat brekgadgetguru tinggal beberapa inci dari bumper keretanya.

Inilah risiko bila anda menunggang motosikal. Ia bukanlah sekadar alat pengangkutan, tetapi perlu sensitiviti dan kemahiran menduga. Semua orang tahu bahawa menunggang motosikal tidak semudah memandu sebuah Bezza Auto. Malah, menunggang motosikal adalah 40 kali ganda lebih merbahaya dari memandu kereta.

BACA – PERINGATAN PENTING UNTUK PENUNGGANG MOTOR

BACA –TIPS ELAK MOTOSIKAL DICURI

Sebab itulah bila mula belajar menunggang, anda akan membina kemahiran tunggangan yang sempurna dan cara-cara membuat keputusan yang terbaik. Sebagai bonusnya, pengalaman yang anda timba sewaktu menunggang akan menjadikan anda pemandu yang lebih baik dan cekap sewaktu memandu apa sahaja jenis kenderaan lain.

Mereka yang mempunyai pengalaman menunggang motosikal akan menjadi lebih peka dengan bahaya yang ada di sekeliling berbanding mereka yang cuma mempunyai pengalaman memandu kereta.

Kerana itu juga mereka yang mempunyai pengalaman menunggang dikatakan adalah pemandu paling cekap di atas jalan raya. Kami di pejabat pun sering berbincang tentang perkara ini dan antara resolusi yang kami cadangkan ialah, wajibkan pemandu kereta ambil lesen motor sebelum diluluskan lesen kereta.

Kejam? Ya. Bunyinya lebih kurang begitu tapi hakikatnya, penunggang motor lebih peka dari pemandu Myvi Taliban misalnya.

test-ride-Kawasaki-J300-mekanika (7)

KENALI BAHAYA DAN RISIKO

Sewaktu memandu kereta, kita biasanya akan merasa cukup selesa dan selamat duduk di atas tempat duduk dengan kemasan kulit dan dilindungi dengan lapisan besi dan kaca pelindung.

Bagi penunggang motosikal pula, menjadi satu kemestian untuk menyedari bahawa anda sentiasa dalam bahaya. Sedikit kelalaian di atas motosikal akan mengakibatkan kecederaan, malah boleh membawa maut.

Bagi motosikal berprestasi tinggi yang mahal pula semestinya ia akan dilengkapkan dengan pelbagai pakej teknologi keselamatan terkini untuk menyelamatkan penunggang, tetapi satu perkara yang harus diingat, secanggih manapun teknologi itu tidak akan mampu menandingi keupayaan semulajadi manusia itu sendiri.

Tunggangan selamat bermakna mesti tahu dan mengelak semua elemen yang mungkin akan membunuh anda. Jadi, selain daripada memperbaiki teknik tunggangan, para penunggang juga mesti mampu mengenal pasti bahaya yang ada di sekeliling mereka.

Penyumbang kepada bahaya ini biasanya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya lain yang bermacam karenah, butiran pasir di atas jalan raya, lubang, pemandu yang asyik dengan telefon bimbit ataupun longgokan daun di jalan-jalan luar bandar. Senarai ancaman kepada penunggang motosikal sememangnya cukup panjang jika ditulis.

Selepas sekian lama menunggang, biasanya minda kita secara automatik akan mampu menganalisa bahaya sewaktu memandu tidak kira apa kenderaan yang kita pandu sekalipun. Sebenarnya semua kenderaan mempunyai bahayanya tersendiri jika kita cuai.

kawasaki-Vulcan-S-mekanika (6)

SENTIASA BERSEDIA BERHADAPAN SITUASI BAHAYA

Percayalah bahawa anda akan lebih peka dan bersedia jika anda mempunyai mata, telinga dan otak yang sudah terlatih setelah menunggang sekian lama.

Contohnya sewaktu menunggang, penunggang motosikal yang peka akan mampu mengesan sebarang objek merbahaya yang ada di atas jalanraya seperti serpihan tayar lori ataupun batu-batu yang jatuh dari lereng bukit dan akan mampu mengelak dengan sebaiknya tanpa mengakibatkan kecelakaan.

Sebaik nampak objek sebegitu, secara automatik otak kita akan bertindak secara spontan  menghantar isyarat sama ada kita perlu berhenti ataupun mengelak ke kiri atau ke kanan.

Keputusan untuk tindakan seterusnya dilakukan dalam masa hanya beberapa milisaat sahaja. Tetapi keputusan dalam masa yang singkat itulah menjadi pengalaman yang cukup berharga dalam menyelamatkan nyawa.

Bagi pemandu kereta, tanya sahaja diri sendiri, berapa kali anda melihat melihat sepenuhnya kiri dan kanan sebelum menukar lorong sewaktu memandu? Berapa kerap pula anda melihat cermin belakang berbanding penunggang motosikal (Jangan ambil kira penunggang jenis suka buang cermin pandang belakang tu)

Khususnya jika anda sedang menunggang dalam kawasan bandar yang sesak dan trafik yang bertali arus dengan pemandu kereta, pejalan kaki, penunggang motosikal dan basikal. Anda mesti bersedia untuk berhenti serta merta atau memperlahankan  kenderaan anda untuk menyelamatkan nyawa.

Mata mesti sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran.

yamaha FBHonda-CB300F-mekanika (1)

NATIJAHNYA?

Dengan pengalaman yang ditimba selama menunggang motosikal, penunggang motosikal sudah terbiasa menoleh ke belakang sebelum menukar lorong walaupun ketika sedang memandu kereta.

Malah mata kita akan sentiasa memerhati keadaan jalan di hadapan, cermin pandang belakang dan cermin sisi setiap beberapa saat sewaktu memandu. Ini merupakan tabiat sewaktu menunggang yang sudah ditanam dalam fikiran kita sepanjang masa.

Kita harus akui bahawa motosikal cuma mempunyai dua roda dan cengkaman tayar motosikal juga tidak sebaik cengkaman tayar kereta.

Tetapi jika anda mampu mengawal motosikal sewaktu kehilangan cengkaman, tidak mustahil anda juga mampu mengawal kereta dengan lebih baik. Bahkan anda akan dapat merasai sendiri keadaan cengkaman sebuah kereta sewaktu memandu.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika (11)

KOMBINASI KEMAHIRAN DAN SENSITIVITI

Berbanding dengan motosikal, kereta adalah lebih stabil. Ia mempunyai empat roda dan tidak mungkin terbalik walaupun dipandu dengan perlahan. Jadi secara asasnya juga, dinamik stereng dan suspensi juga berbeza berbanding motosikal.

Dengan motosikal, kita akan merasai keadaan suspensi secara lebih dekat sewaktu menunggang dan harus melaraskan penggunaan pendikit dengan lebih sensitif.

Hasilnya ialah lebih peka dan sensitif dengan keadaan kenderaan anda dan berkemampuan membuat keputusan dan tindakan yang tepat lagi bijak. Ini juga akan menjadikan anda seorang pemandu yang selamat dalam dunia yang semakin dipenuhi pemandu yang boleh menyebabkan anda tergolek bila-bila masa.

 

 

Share this post