MENYINGKAP RAHSIA INDUSTRI AUTOMOTIF IRAN – IRAN KHODRO

SHARE

Iran Khodro juga dikenali dengan nama IKCO ialah pengeluar kenderaan dari Iran yang beribu pejabat di Tehran. Nama asal syarikat ini ialah Iran National. IKCO ditubuhkan pada tahun 1962 dan telah menghasilkan sebanyak 688,000 unit kereta penumpang dalam tahun 2009. Antara model yang dikeluarkan oleh IKCO ialah kereta jenama Samand, Peugeot, Renault selain trak, bas mini dan bas penumpang.

Khodro bermaksud automobil dalam bahasa Iran jadi Iran Khodro bermaksud Automobil Iran. Ia diasaskan oleh Ahmad Khayami 56 tahun lalu di Tehran dan terus berkembang sehingga ke hari ini. Iran Khodro Industrial Group (IKCOOS) ialah sebuah syarikat yang bukan hanya mengeluarkan kenderaan tetapi juga mengeksportnya ke luar negara. Mereka mengeluarkan hampir 13 jenama kenderaan di kilang-kilang pembuatan mereka di serata negara.

Syarikat ini bukan sahaja menguasai 35 pasaran domestik Iran tetapi mereka juga merupakan syarikat pengeluar kenderaan terbesar di Timur Tengah, Asia Tengah dan Afrika Utara. Pada tahun 1997 IKCO telah mencipta rekod dengan mengeluarkan 111,111 unit kereta dan van. Menjelang 2006 pula jumlah itu telah meningkat kepada 550,000 unit.

BACA: SYARIKAT ROKOK SANGAT DIPERLUKAN DALAM SUKAN MOTOR – A.S.A.P.

Dari segi kualiti pula Iran Khodro bukan calang-calang syarikat kerana mereka memenuhi piawai ISO 9001 dari RW-TUV Jerman selain pensijilan ISO 14001 dan OHSAS 18001. Mereka juga memperolehi TUV, TSE<,GOST dan pelbagai lagi pensijilan standard dalam pelbagai bahagian pengeluaran.

Produk utama

Selama lebih tiga dekad, Iran Khodro telah menghasilkan  Paykan, sebuah model yang dibangunkan dari Rootes Arrow, juga dikenali dengan nama Hillma Hunter. Ia kemudiannya digantikan dengan model Samand yang lebih moden dan mempunyai pilihan enjin CNG/petrol yang dibangunkan sendiri oleh petrol.

Hubungan baik dengan pengeluar dari Eropah dan Asia membolehkan mereka mengeluarkan model-model keluaran syarikat lain contohnya dari PSA Peugeot Citroen dan Renault Pars. Selain daripada itu mereka turut bekerjasama dengan Mercedes-Benz dan Suzuki dari Asia. Mereka turut menggunakan khidmat Pininfarina untuk menghasilkan model-model baru keluaran mereka.

IKCO mempunyai banyak kilang pengeluaran baik di dalam mahupun di luar negara. Berdasarkan perancangan sebelum ini mereka dianggarkan akan mengeluarkan 3 juta unit kenderaan dalam masa 5 tahun di mana sejuta unit adalah untuk eksport.

Russia, Syria, Turki,Iraq, Azerbaijan, Ukraine, Mesir, Algeria dan Bulgaria adalah antara negara sasaran eksport mereka. Untuk rekod, pada tahun 2004 sahaja mereka telah mengeksport 150,000 kenderaan ke serata Timur Tengah.

Model kereta penumpang keluaran IKCO

  • Samand – kereta kebangsaan Iran.
  • Soren – model baru Samand diperkenalkan pada 2008 dan merupakan kereta pertama keluaran Iran yang menepati piawaian Euro III. Model elektrik Soren juga telan dilancarkan pada 2010 dengan jarak perjalanan 200 km.
  • Runna – kereta nasional Iran kedua. Dan diasaskan daripada model Peugeot 206.
  • Dena – kereta sedan kelas D dengan enjin turbo EF7 150 hp keluaran Iran mampa penjimatan petrol 7.2-liter/100 km.
  • Arisun – sebuah kendaraan utiliti coupe diasaskan daripada Peugeot 405.
  • Paykan – kereta pertama buatan IKCO dan dihentikan produksi pada 2005.

Kredit wikipedia.org

 

Share this post

scroll to top