MERCEDES-BENZ 500E – SEDAN TERHEBAT DEKAD 90-AN HASIL GABUNGAN DUA NAMA BESAR DARI JERMAN

SHARE

Mercedes-Benz 500E memang sebuah model kereta ‘orang tua’ yang lain dari yang lain. Ia merupakan model berprestasi tinggi E-Class sedan W124 dengan enjin V8 yang dihasilkan dengan tangan oleh Porsche di bekas kilang pemasangan 959. Segalanya tentang kereta ini jelas menyatakan yang ia adalah keluaran tahun 90-an dengan rekaan badan bersegi, kemasan dalam yang simple dan kotak gear automatik empat-kelajuan yang dikira primitif hari ini.

Berbeza dengan setengah kereta lama lain, 500E mempunyai karektornya yang tersendiri walaupun sudah agak berusia. Rekaannya memang masih kelihatan relevan jika diletakkan di sebelah kereta yang lebih moden dan kaitannya dengan Porsche membuatkannya menjadi sebuah model yang istimewa.

Ditambah pula dengan enjin V8 di bawah bonet depan, ia kini menghasilkan bunyi yang sungguh lunak didengar. Inilah sedan sport sebenar untuk lelaki mencecah umur 50-n.

Kalau nak dikira ia sudah pun layak digelar supercar dan dihasilkan dengan kerjasama Porsche AG dari t ahun 1991-1995. Walaupun ia diasaskan daripada cesi W124 namun 500E adalah jauh berbeza daripada varian E-Class lain dengan cesi yang sama.

Antara keistimewaannya ialah enjin 5.0-liter V8 yang mampu menghasilkan 326 bhp kuasa dan bila dipadankan dengan kotak gear automatik 4-kelajuan akan membolehkannya memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6 saat. Macam biasa Mercedes akan menghadkan kelajuan maksimanya pada 250km/j. Ia bagaimana pun berpotensi mencecah 280km/j jika limiter kelajuannya dibuang.

BACA: BMW E30 – JENTERA LAGENDA DARI JERMAN

Model 500E paling hebat dikenali dengan nama E60 AMG dan menggunakan enjin 6.0-liter yang mampu menghasilkan 381bhp kuasa. Selain daripada itu ia turut dilengkapkan dengan beberapa ciri-ciri khusus AMG bagi menampakkan keistimewaannya.

Selain daripada enjin apa lagi bezanya dengan E-Class bapa saya?

Banyak dik, antaranya ialah arca roda yang lebih lebar untuk menempatkan rim aloi yang besar. Ia juga dilengkapi dengan rim bersaiz 16 inci dan suspensi yang lebih keras dan rendah. Cakera dan angkup brek juga jauh lebih besar berbanding varian standard.

Bahagian dalamannya mempunyai sepasang tempat duduk Recaro di hadapan selain kemasan kulit sepenuhnya pada semua bahagian. Kemasan kayu asli digunakan pada bahagian tertentu dalaman yang menambah ciri mewah pada produk kemegahan Mercedes ini.

Selain daripada itu 500E ini turut dilengkapi dengan sistem ignition Jetronics yang lebih canggih walaupun jika dibandingkan dengan model 500SL ketika itu.

Bateri 500E ini juga diletakkan di bahagian but belakang bukan hanya untuk kestabilan tetapi juga kerana enjin V8 yang besar telah memenuhkan ruang enjin di hadapan.

Jadi kalau ayah atau datuk atau pakcik korang ada Mercedes E-Class cuba tengok kalau-kalau ianya sebuah Mercedes-Benz 500E ini. Kalau ia sebuah 500E original, rajin-rajinlah balik kampung bawak buah tangan sambil tanya kot-kot diorang nak jual.

Share this post

scroll to top