MICK SCHUMACHER – BAKAL MENGIKUT JEJAK LANGKAH BAPA

SHARE

Mulai dari hari ini, kita kena ingat dan hafal nama Mick Schumacher ini. Rasanya ramai yang sudah mengenali dan mengetahui, Mick adalah merupakan anak sulung kepada pasangan Michael Schumacher dan Corinna.

BACA : LEGASI PELUMBA F1 ANAK DAN BAPA 

BACA : LUCAS DI GRASSI JUARA FORMULA E MUSIM 2016-17

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Jadinya, sebelum Mick Schumacher ini benar – benar menjadi fenomena dan popular, marilah kita semua menghayati alkisah perjalananan hidup siapakah gerangannya kepada anak pelumba lagenda ini.

Mick Schumacher ini telah dilahirkan pada 22 Mac 1999. Lagi sebulan dua genaplah usianya 20 tahun.

Kerjaya perlumbaan anak muda yang memegang taraf kerakyatan Jerman ini bermula seawal tahun 2008 dalam perlumbaan karting. Namun di awal pembabitannya, beliau lebih selesa memilih nama ‘Mick Betsch’ bagi mengelakkan tumpuan bahawasanya beliau adalah anak kepada pelumba lagenda F1. Jenis merendah diri barangkali si Mick ini.

Namun pada tahun 2015 barulah ianya semakin serius apabila Mick mula beraksi dalam saingan ADAC Formula 4 di Jerman bersama pasukan Van Amersfoort Racing terlebih dahulu sebelum berpindah ke pasukan Prema PowerTeam pada tahun 2016.

Kehandalan si Mick dalam perlumbaan satu tempat duduk ini sememangnya tidak syak lagi. Beliau berjaya menungguli saingan dengan menjuarai European Formula 3 pada tahun 2018 bersama pasukan yang sama juga. Oh ya, untuk makluman, pasukan Prema PowerTeam sebetulnya turut mempunyai bau – bau bacang dengan pasukan Formula 1 Ferrari misalannya.

Bagi musim 2019 ini, Mick masih lagi bersama pasukan yang sama untuk bersaing dalam FIA Formula 2 pula. Sebuah saingan persediaan sebelum melangkah ke Formula 1.

Dan bermula musim 2019 ini juga, laluan Mick ke kancar perlumbaan penuh prestij dan popular, Formula 1 ini bakal menjadi nyata apabila beliau telah dilamar oleh pasukan Ferrari untuk menyertai sebagai Pelumba Akademi.

Sewaktu Brader Karrager tonton ROC 2019 (Race of Champion) baru – baru ini, boleh tahan juga si Mick ini saing dengan si Sebastian Vettel. Catatan masanya agak baik berbanding dengan beberapa pelumba lain yang lebih senior.

Nampak gayanya, peluang Mick untuk mengikuti jejak langkah bapanya semakin hampir. Kalau tak ada aral melintang, setahun dua lagi boleh dah ni. Kita tunggu sahaja masa dan ketikanya.

Share this post

scroll to top