NISSAN R390 GT1 – INI LAH DATUK KEPADA SKYLINE DAN GT-R.

SHARE

Tahukah anda bahawa Nissan pernah mengeluarkan sebuah supercar lama sebelum Nissan GTR dilahirkan? Tak tahu? Teruskan membaca kerana ini ialah tentang sebuah model Nissan paling mahal dan dinamakan Nissan R390 GT1.

Ia dihasilkan secara khusus mengikut ketetapan undang-undang perlumbaan Le Man kelas GT1 yang mahukan sekurang-kurangnya sebuah model dihasilkan daripada versi perlumbaan untuk kegunaan di jalan raya. Ini adalah era di mana perlumbaan merupakan satu pentas yang sangat penting untuk setiap pengeluar membuktikan teknologi jentera mereka.

BACA NISSAN MID4, PRODUKSI SPORT YANG DIBATALKAN

BACA PROTON PUTRA WRC, APA CERITANYA?

Kalau dilihat kepada rupa paras dan spesifikasinya, kita tidak akan menyangka yang ia bernaung di bawah bumbung syarikat yang sama dengan Nissan Almera.

nissan-r390-gt1-5

PERLUMBAAN LE MANS KELAS GT1

Berbeza daripada pengeluar lain, Nissan telah memilih untuk menghasilkan model untuk kegunaan jalan raya dahulu sebelum membina model khas untuk perlumbaan. Kebiasaannya, bagi mana-mana keperluan homolagasi, pengeluar akan membuat model perlumbaan terlebih dahulu. Dah siap, barulah hasilkan model jalanraya sepertimana Evo (1-6) dan Impreza (V1-V6).

R390 GT1 merupakan hasil lakaran Ian Callum daripada Tom Walkinshaw Racing (TWR). Beliau juga merupakan individu yang bertangunggjawab merekabentuk Aston Martin DB7. Selepas Aston Martin, beliau telah diambil berkhidmat oleh Jaguar sebagai Ketua Pereka Jaguar.

Walaupun ia sebuah kereta yang hebat dan berkuasa, uniknya ia masih berkongsi beberapa komponen dengan model Nissan yang lain. Contohnya ialah penggunaan lampu hadapan yang diambil daripada model produksi Nissan 300ZX.

Penampilan gril berkembar di bahagian hadapan membuatkan ia seakan berkongsi imej dengan kereta penumpang Nissan yang lain. Rekaan ekor belakang yang panjang adalah hasil daripada ujian demi ujian yang dilakukan di dalam terowong angin di England. Ia kemudiannya diuji lagi sebaik sahaja dihasilkan oleh Nissan Technical Centre di Atsugi, Jepun.

nissan-r390-gt1-2

ENJIN VRH35L V8 3.5L TWIN TURBO

Kuasa sebenar supercar ini ialah enjinnya yang terletak di belakang tempat duduk pemandu. Ia merupakan sebuah enjin VRH35L V8 3.5-liter DOHC dengan pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa maksima sebanyak 550 bhp pada 6800 rpm dan menepati piawaian keluaran gas ekzos untuk pasaran Eropah pada masa itu.

Untuk sebuah kereta yang ringan seperti R390 GT1 ini, lonjakan kuasa yang tinggi sewaktu memulakan pecutan akan menyebabkan ia berpusing apatah lagi jika permukaan jalan dalam keadaan basah. Untuk itu, R390 GT1 ini dilengkapkan dengan sistem launch control (kawalan pecutan) dan juga traction control (kawalan cengkaman), di mana jika roda belakang mula hilang cengkaman akibat berputar terlalu laju, ia akan mengurangkan kuasa enjin dengan menghadkan bahagian bahan api kepada selinder-selinder enjin.

Bagaimana dengan aspek prestasi? Sebagai model yang dihasilkan untuk membuka laluan ke Le Mans, aspek prestasi tidak perlu diragui lagi. Ia mampu membuat pecutan dari 0-100 km/j dalam masa kurang dari 4 saat. Cukup pantas untuk supercar era 90-an.

Versi jalanan R390 GT1 ini dikatakan mampu memecut sehingga 355 km/j, lebih laju dari Jaguar XJ220 dan RUF CTR2. Rekod kelajuan tersebut bagaimanapun di atasi oleh McLaren F1 dengan catatan 385 km/j beberapa tahun kemudian.

nissan-r390-gt1-1

Walaupun ia berinspirasikan perlumbaan namun supercar Nissan ini mempunyai bahagian dalaman yang menarik dan kemas. Jauh lebih kemas dari pengeluar supercar kecil-kecilan lain di zamannya seperti Noble ataupun Ascari.

Nissan sebagai pengeluar kenderaan bersaiz besar mempunyai segala sumber dan dana yang diperlukan untuk melengkapkan projek mereka. Bahagian dalaman R390 GT1 ini dilengkapi dengan instrumentasi penuh selain tempat duduk pemandu dan penumpang yang dibalut dengan kulit.

Ia dilengkapi dengan gear sequential enam-kelajuan Xtrac manakala roda sterengnya yang kecilnya mengingatkan kita kepada kereta lumba yang pernah memenangi empat dari sepuluh tempat teratas perlumbaan Le Man 24-jam.

Kerangka supercar ini dihasilkan menggunakan gentian karbon sepenuhnya. Ya. GENTIAN KARBON SEPENUHNYA. Ia dilengkapi dengan anti-roll bar hadapan dan belakang. Kuasa hentinya pula dibantu brek cakera bersaiz gergasi 14-inci keluaran AP Racing lengkap dengan angkup enam-piston dan ABS.

Konsep sebenar di sebalik penghasilan Nissan R390 GT1 ialah demi memajukan lagi lagi presatsi dan dinamik sesbuah kenderaan tetapi pada masa yang sama mementingkan keselesaan yang seharusnya ada seperti kereta kegunaan jalanraya biasa.

Selain dari itu ia juga berikutan CEO Nissan ketika itu yang cukup meminati perlumbaan Le Mans sekaligus membolehkan para jurutera Nissan menunjukkan bakat mereka dengan bergabung tenaga bersama-sama TWR dan NISMO dalam menghasilkan R390 GT1 untuk jalan raya.

nissan-r390-gt1-4

TEKNOLOGI MENDAHULUI ZAMAN

Bayangkan ia dihasilkan pada 1988, dua tahun sebelum supercar rasmi Honda NSX diperkenalkan kepada umum. R390 adalah bukti bahawa jurutera Jepun mampu menghasilkan supercar untuk menentang Itali dan Eropah. Ia boleh, cuma bukan itu yang mereka nak dalam perniagaan. Sedangkan Mid4 juga tidak dibuat untuk pasaran, apatah lagi sesuatu seperti R390.

Jadi macam mana? Berminat nak beli?

Lupakan sahaja kerana Nissan cuma menghasilkan cuma sebuah R390 GT1 untuk kegunaan di atas jalan raya (inilah king segala limited edition). Itupun sekadar untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Le Man.

Sewaktu diperkenalkan, ia dianggarkan berharga  USD1 juta! Tapi kalau anda mampu membelinya pun lupakan sekali lagi kerana ia tidak pernah dijual dan kini disimpan oleh Nissan dalam gudang meeka di daerah Zama.

Share this post

scroll to top