NOSTALGIA LAMPU POP-UP (DAN TERIMA KASIH PERATURAN YANG MEMBUNUHNYA)
Generasi baru peminat automotif mungkin jarang dapat menyaksikan kereta-kereta dengan lampu hadapan pop-up ataupun flip-up. Maklumlah, lahir je ke dunia mak ayah bawak balik naik Exora, Myvi ataupun Axia. Mana nak kenal dengan teknologi ni.
Lampu pop-up kini sudah menjadi sejarah dan dirindui oleh ramai generasi terdahulu kerana ia sangat cool. Namun, bukan semua kereta dulu mempunyai ciri-ciri sebegini tetapi setiap pengeluar kereta biasanya akan menghasilkan satu model dengan lampu utama tersorok seperti ini.
BACA – MEMORI 90-AN, KERETA JEPUN PALING LEJEN!
BACA – 10 LAMPU KERETA PALING CANTIK
Ia bukan hanya sekadar lampu tetapi juga melambangkan prestasi, teknologi dan ciri-ciri termoden pada waktu itu. Kini semua sudah berlalu pergi berikutan pengenalan undang-undang keselamatan pejalan kaki sewaktu perlanggaran yang dikenalkan di Eropah yang membawa kepada pengharaman lampu pop-up pada tahun 2004.
Kereta terakhir yang menggunakan lampu ini ialah Corvette C5 dan Lotus Esprit V8. Dan sangat jelas, teknologi ini tidak mungkin akan digunakan lagi.
Kini ia sudah menjadi tinggalan sejarah tetapi terdapat beberapa model kereta dengan teknologi ini dan sudah menjadi lagenda seperti Lamborghini Countach dan Diablo, Corvette C4 dan C5, BMW M1 dan Honda NSX generasi pertama. Kini kami pilih 10 lagi model kereta lagenda dengan lampu pop-up untuk pengetahuan anda.
1. CORD 810/812
Ini dia moyang kepada teknologi pop-up yang dinamakan Cord 810/812. Merupakan antara kereta termaju pada zamannya dan dikeluarkan oleh Auburn Automobile Company dan merupakan hasil rekaan Gordon Buherig yang juga telah menghasilkan model terkenal Auburn 851 Speedster.
Ia bukan kereta pertama di dunia dengan teknologi lampu ini tetapi ia merupakan model berkuasa dengan enjin V8 supercharged dan kotak gear semi-automatik (Ingat sikit, tahun 30-an dah pakai semi-auto brader).
Tahun 60-an merupakan zaman kebangkitan lampu pop-up dan menjadi pelengkap gaya kereta-kereta popular seperti Mercury Cougar (Green Hornet), Dodge Charger (F&F) dan Buick Riviera.
tapi antara kereta moden tahun 60-an yang paling popular ialah Lotus Elan. Ia merupakan sebuah kereta dengan ciri buatan dan kawalan paling mantap pada masa itu.
Elan dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah kereta berorientasikan pemandu yang paling baik pernah dihasilkan dan memberi inspirasi untuk ikutan model-model lain selepasnya.
Menurut lagendanya, Mazda telah menyuruh para jurutera mereka untuk menghabiskan masa dengan model vintaj Lotus Elan untuk mengetahui rahsia kehebatannya.
Mereka telah membuka dan memasang kembali model Lotus itu untuk mengetahui apa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah roadster yang baik.
Dipendekkan cerita, Mazda telah mempelajari sesuatu daripada Lotus Elan, dan memasukkannya dalam pakej roadster mereka terbaru tetapi ditambahbaik agar menjadi lebih tahan lasak dan boleh diharap.
Selama 4 generasi, Miata sentiasa menggunakan lampu pop-up sehinggalah ia diharamkan penggunaannya (oleh peraturan kejam).
Percaya atau tidak, sekitar tahun 70-an, Porsche telah bosan dengan model 911 dan mula mencari pengganti. Model yang dicadangkan ialah 928 dengan enjin V8 sejukan cecair di hadapan dan merupakan sebuah grandtourer moden.
928 telah dipasarkan bersama dengan 911 selama 17 tahun, tetapi gagal mengatasi jualan 911. Masih banyak model 928 yang ada di pasaran dengan ciri pemanduan Porsche klasik dengan harga yang lebih rendah daripada 911.
Tambahan pula ia dilengkapi dengan lampu pop-up yang agak dramatik membezakannya daripada kereta-kereta sport lain.
Aston Martin telah berjaya mengejutkan dunia automotif suatu ketika dulu dengan Lagonda yang menampilkan teknologi futuristik yang mampu menyaingi Rolls-Royce pada ketika itu.
Sedan bersaiz besar itu mempunyai instrumentasi digital di bahagian dalam lengkap dengan kawalan sesentuh bantuan komputer yang termaju pada zaman itu.
Piawaian keluaran bahan bakar juga bukan satu masalah untuknya pada tahun 1976. Ia juga menampilkan lampu hadapan pop-up yang terbesar pernah dilengkapkan pada sebuah kereta.
Malangnya selepas tahun 1976, lampu tersebut telah diganti dengan lampu jenis biasa.
Rx-7 sentiasa menggunakan lampu pop-up untuk kesemua modelnya sehinggalah digantikan oleh RX-8. Namun versi yang paling bergaya ialah generasi pertama RX-7.
Pertengahan tahun 70an, Department of Transport (DOT) Amerika Syarikat telah mensyaratkan setiap kereta mesti mempunyai lampu hadapan setinggi 24 inci dari mukabumi.
Ia merupakan satu masalah untuk kereta-kereta sport seperti RX-7 yang mempunyai bahagian hadapan yang rendah, lampu pop-up telah menjadi satu kemestian bagi memenuhi syarat tersebut (bukan suka-suka je buat tau).
Gabungan enjin rotary yang radikal dan lampu pop-up telah menjadikan RX-7 sebuah kereta sport yang paling menonjol ketika itu.
Sebahagian daripada kekuatan ataupun tarikan lampu pop-up ialah ia melambangkan kelajuan. Dan tidak ada mana-mana kereta yang menjadi contoh kekuatan gabungan tersebut seperti Ferrari Testarossa.
Inilah supercar terhebat tahun 80an dan menjadi pilihan poster bilik tidur generasi terdahulu (Apa barang gambar Axia sendiri buat wallpaper smartphone). Ferrari paling aerodinamik ketika itu menjadi idaman semua walaupun dipasarkan dengan harga melebihi USD100,000 pada tahun 1984.
Tahun lepas ia telah menjadi artifak lebih bernilai bila harga jualannya meningkat kepada USD200,000! (meningkat sekali ganda daripada harga asal).
Ferrari juga cukup berpengaruh sehingga syarikat lain mula meniru rekaan eksotik yang dihasilkannya. Dua model yang diilhamkan dari Ferrari ialah Pontiac Fiero dan Toyota MR2. Pontiac Fiero amat mirip dengan Testarossa sehingga dikatakan anda boleh membeli bodykit asal Testarossa untuk dilengkapkan padanya.
Tetapi pengeluarnya iaitu General Motor telah mengurangkan ciri-ciri radikal padanya agar tidak menjejaskan pasaran dua lagi model sport mereka iaitu Firebird dan Camaro.
Pada masa yang sama juga, Toyota mula menghasilkan model sport baru mereka dengan rekaan enjin di bahagian tengah dan kebanyakan alat ganti adalah dari model Corolla tetapi kini ditambah dengan fungsi turbo menjadikannya kelihatan seperti kembar Ferrari 308.
MR2 merupakan model eksotik untuk orang awam yang sebenarnya, lengkap dengan lampu pop-up dan sebagainya.
Menjelang pertengahan 80-an, lampu pop-up telah mencapai kemuncak populariti, tetapi ia kekal dalam lingkungan model-model sport bermula dari model sport entry-level seperti Nissan Pulsar dan Toyota Corolla GT-S sehinggalah kepada Chevy Corvette dan Porsche 944.
Tetapi kemudiannya Honda telah memperkenalkan lampu pop-up untuk model sedan kelas pertengahan mereka yang paling laris iaitu Accord.
Berbekalkan garisan badan yang radikal dan bumbung yang rendah, Accord telah berevolusi kepada sebuah sedan yang sporty berbanding saingan mereka dari Detroit yang masih kelihatan ketinggalan zaman dengan segala macam kemasan krom.
Lampu pop-up merupakan markah bonus untuk Honda Accord ketika itu.
Cizeta-Moroder V16T (nak sebut pun susah) ataupun cuma dikenali dengan nama Cizeta V16T merupakan juara kami bagi kategori lampu pop-up terbanyak. Mungkin ramai yang tidak pernah melihat supercar ini kerana ia cuma dihasilkan sebanyak 20 unit termasuk satu unit prototaip.
Mungkin ada yang menyangkakan ia adalah dihasilkan daripada sebuah Lamborghini Diablo. Hampir tepat, kerana inilah rupa asal Diablo berdasarkan lakaran asal perekanya. Namun Lamborghini telah menjinakkan rupa paras Diablo seperti yang anda kenali membuatkan perekanya merasa kecewa dan meneruskan usaha mengeluarkan paten asal dan dinamakan sempena nama beliau sendiri.
BACA – THUNDERBOLT, FILEM DAN KERETA YANG LAGENDA
BACA – NOSTALGIA 4X4 – CAMEL TROPHY
Ia dijana oleh enjin V16 yang merupakan gabungan dua enjin V8 dan menampilkan empat lampu pop-up sekaligus menjadikan jumlah lampu pop-up paling banyak pada sebuah kereta (Ambik kau).
JUARA KEPADA JUARA SEGALA JUARA
Siapa?
Siapa lagi kalau bukan Honda NSX asli. Model yang telah meletakkan Honda sebaris jenama pengeluar Itali pada tahun 1990 brader. Honda NSX adalah ikon kejuruteraan Jepun ketika ia mewakilkan benua timur bahawa kereta bukan sahaja perlu laju. Ia perlu cantik.
NSX tidak laju pun, tetapi dinamik pemanduan, sentuhan Aryton Senna, ia digelar Ferrari dari Timur. Rekabentuknya benar-benar luar biasa kalau dibandingkan dengan Toyota Supra dan Nissan Skyline ketika itu.
Apa yang lebih diingati tentu sahaja lah lampu pop-up yang menjadi asas rekabentuk sehinggalah ia menggunakan lampu jenis kekal pada penghujung 90-an.