PALAM PENCUCUH TEMBAGA, PLATINUM ATAU IRIDIUM – MANA SATU PILIHAN ANDA?

SHARE

Tidak dapat dinafikan ramai di antara pengguna akan keliru bila sampai masa menukar palam pencucuh untuk kereta masing-masing. Adakah perlu dikekalkan palam pencucuh asal yang biasanya jenis copper (tembaga) ataupun mahu naik taraf kepada versi lebih premium seperti platinum dan juga iridium.

Palam pencucuh ini sebenarnya mempunyai pelbagai kombinasi logam dalam penghasilannya ini termasuklah aluminium, platinum, iridium dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun ramai yang bersetuju yang palam pencucuh tembaga masih merupakan yang terbaik kerana sifat konduktor yang ada padanya. Masalahnya sekarang ramai pengeluar mengeluarkan iklan yang mengelirukan pengguna untuk melariskan jualan produk masing-masing. Mari kita belajar sikit pasal kandungan logam dalam palam pencucuh dan apakah kegunaannya.

Kegunaan logam

Isuzu Dmax – Mobile

Kegunaan logam-logam yang disebutkan tadi cuma satu iaitu untuk mengalirkan kuasa elektrik daripada kabel palam pencucuh menerusinya seterusnyake dalam blok enjin untuk menghasilkan percikan api. Dengan kata lain semua logam yang bersifat konduktor boleh digunakan untuk menghasilkan palam pencucuh. Cuma masalahnya ada logam yang terlalu cepat panas dan mengakibatkan ia kurang berkesan dalam mengalirkan arus elektrik dan menjejaskan kelancaran enjin.

Palam Pencucuh Tembaga

Ia masih dianggap sebagai palam pencucuh terbaik di dunia kerana sifat konduktor yang ada padanya merupakan yang terbaik berbanding semua logam lain. Berbeza dengan iklan palam pencucuh yang biasa anda dengar bukan? Ia juga lebih tahan panas berbanding logam lain seperti platinum dan iridium cuma masalahnya ialah tembaga haus lebih cepat berbanding dua logam tadi. Platinum dan iridium memang lebih cepat panas berbanding tembaga dan berkemungkinan menyebabkan kerosakan kepada komponen pencucuh dan menggangu aliran arus elektrik ke blok enjin.

Palam Pencucuh Platinum dan Iridium

Pada suhu yang rendah, platinum dan iridium berfungsi dengan lebih baik berbanding tembaga kerana sifat konduktornya yang kurang berbanding tembaga. Tapi pada masa yang sama ia juga boleh menjadi panas dengan cepat. Kedua-dua jenis palam pencucuh ini juga mempunyai ketahanan yang lebih berbanding tembaga. Malah kadang-kala ia mampu bertahan sehingga dua kali ganda hayat palam pencucuh tembaga. Memang jika dibandingkan antara ketiga kenis logam ini, tembaga mempunyai ketahanan yang paling pendek.

Platinum mempunyai ketahanan paling tinggi tetapi dengan prestasi yang paling buruk. Iridium pula memberikan prestasi yang sederhana tapi juga dengan jangka hayat yang hampir menyamai platinum menyebabkan kosnya lebih mahal berbanding palam pencucuh jenis lain. Namun begitu perbezaan dari segi kualiti antara tiga jenis palam pencucuh ini sebenar amat kecil.

BACA: 6 TANDA-TANDA PALAM PENCUCUH PERLU DIGANTI

Jika diambil kira ketahanan dan prestasi yang ditawarkan oleh palam pencucuh platinum dan iridium dan dibandingkan pula dengan masalah cepat panas yang ada pada keduanya, memang tak berbaloi pun dengan kos yang dibelanjakan. Tapi semua tu bergantung pada bajet dan penggunaan anda.

Jika masih kurang pasti mengenai palam pencucuh yang sesuai dengan kereta anda, anda boleh rujuk kepada mekanik bertauliah. Ia juga dinyatakan dengan jelas dalam manual penggunaan kereta anda sebenarnya.

Selamat memandu.

Kredit Carsdirect.com dan Your Mechanic

Share this post

scroll to top