Artikel Pilihan

PANDUAN MEMBAWA ANAK BERJALAN JAUH DENGAN KERETA

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi. Jadi, pastinya masih ramai ibu bapa yang sedang bercuti di lokasi impian bersama anak masing-masing.

Pergi bercuti memang seronok. Apa yang tidak seronok dan menguji kesabaran adalah apabila anak-anak kecil mula buat perangai.

family-car-safety-mekanika-8

Harus faham bahawa selepas sejam berada di dalam kereta, orang dewasa pun akan rasa rimas. Tingkah laku anak-anak yang tidak terkawal memang boleh mengganggu konsentrasi pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Di sini ada beberapa cara untuk memastikan anak anda selamat, selesa dan gembira sepanjang perjalanan:

  • Tunjukkan contoh yang baik. Kesedaran terhadap aspek keselamatan bermula daripada ibu bapa dan penjaga. Jadi, adalah penting bagi ibu bapa menjadi contoh yang baik. Di sebalik semua teknologi yang canggih, tali pinggang keledar tetap menjadi alat keselamatan paling penting yang mampu menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan. Ibu bapa mesti sentiasa memakai tali pinggang keledar untuk memberi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
  • Tetapkan peraturan

Bahagian 1: Di dalam kereta. Ibu bapa perlu menetapkan peraturan-peraturan di dalam kereta dan di jalan raya, selain memastikannya dipatuhi oleh semua. Bagi anak-anak yang cukup besar untuk faham, ibu bapa patut menjelaskan peraturan asas di dalam kenderaan keluarga. Misalnya, minta kebenaran terlebih dahulu, sama ada untuk membuka tingkap, bumbung suria atau menukar muzik.

Bahagian 2: Di luar kereta. Ambil perhatian: Walaupun berada di luar kenderaan, anak-anak tetap berdepan risiko. Jadi, perhatikan anak-anak apabila ada kereta berhampiran.

Pastikan anak-anak memegang tangan ibu bapa apabila ada kenderaan lain, sama ada ia bergerak atau sekadar diparkir.

family-car-safety-mekanika-10

  • Pastikan anak-anak selesa dan terhibur di dalam kenderaan. Pastikan permainan anak-anak (yang lembut lebih baik) dan buku kegemaran ada dibawa bersama bagi mematikan mereka sentiasa terhibur, selain membantu pemandu kekal fokus ketika memandu.

Snek dan minuman juga membantu mengelakkan anak-anak daripada meragam. Jangan lupa untuk berhenti dan pergi ke tandas. Salah satu sebab anak-anak meragam adalah mereka mungkin sejuk atau panas. Maka ibu bapa perlu peka dengan keadaan suhu di tempat duduk belakang.

Apa yang paling penting, jangan sesekali membiarkan anak-anak berseorangan di dalam kenderaan. Pendedahan kepada suhu yang tinggi walaupun dalam tempoh singkat boleh menyebabkan kematian atau kecederaan, termasuklah kerosakan otak. Anak-anak kecil berdepan risiko lebih tinggi.

EcoSport - Cadeira Isofix

  • Wajib ada kerusi kanak-kanak. Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145cm dan berat melebihi 36kg. Jadi, bayi dan anak-anak kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di belakang yang direka untuk usia dan berat mereka.

Ada ibu bapa yang gemar memangku anak di tempat duduk hadapan, sedangkan tindakan itu tidak selamat. Jika brek ditekan secara mengejut, tenaga pecutan boleh menjadi sekuat 4G dan memegang anak sahaja tidak cukup.

Anak-anak mesti menggunakan kerusi khas apabila mereka masuk ke dalam kereta buat pertama kalinya. Dengan cara itu, anak-anak akan melihat tempat duduk keselamatan sebagai satu kebiasaan apabila menaiki kenderaan.

  • Ambil perhatian tentang bagaimana kerusi kanak-kanak dipasang. Menurut pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS, kadar pemasangan tempat duduk kanak-kanak yang salah adalah setinggi 95 peratus.

family-car-safety-mekanika-7

Beg udara boleh membunuh atau mencederakan anak yang duduk di kerusi kanak-kanak. Maka, jangan sekali-kali meletakkan kerusi kanak-kanak yang menghadap bahagian belakang di hadapan beg udara yang aktif.

Tempat duduk kanak-kanak biasanya diikat menggunakan tali pinggang keledar. Tetapi untuk perlindungan tambahan, dapatkan kerusi yang dilengkapi dengan cagak pemasangan ISOFIX.

Biarpun anda mengikuti semua panduan di atas, anak-anak anda mungkin akan tetap meragam di tempat duduk belakang. Tetapi mereka tetap kanak-kanak dan itulah kerja mereka. Jadi, laksanakan tanggungjawab untuk membuatkan mereka tenang dan selesa.

Lain kali, apabila anak-anak anda mula hendak meragam, bertenang dan cari tempat yang selamat untuk berhenti. Sentiasalah jadi pemandu yang selamat terutama apabila anak anda bersama. Anda perlu tahu menjangka apa yang tidak dijangka.

Google ads
Back to top button