Artikel Pilihan

PENGAKUAN DRIFT KING – KENAPA SAYA MASIH MEMANDU TOYOTA 86

Drift King dari Jepun, Keiichi Tsuchiya memang peminat tegar Toyota 86. Menurut Tsuchiya, perkenalannya dengan jentera tersebut bermula melalui acara perlumbaan Fuji Freshman pada tahun 1984.

Terdahulu, dia berlumba menggunakan Nissan Sunny, sebelum bertukar kepada Toyota KP61 Starlet. Tidak lama kemudian, perlumbaan kelas 86 dimulakan. Tsuchiya benar-benar mahu turut serta, malangnya pelumba muda itu tidak mempunyai wang untuk membeli jentera lumba berkenaan.

keichi-tsuchiya-toyota-86-mekanika-3

Pada ketika itu, Kurata Jidosha dan Bandoh Shokai  dari wilayah Kanagawa menjadi penaja. Mereka kata, jika Tsuchiya mampu menjadi juara dengan Starlet, mereka akan membelikannya sebuah 86. Dia akhirnya berjaya menjadi juara dan tampil dalam perlumbaan tersebut dengan Toyota 86.

BACA: TOYOTA GT86 INITIAL D, SELAMAT KEMBALI FUJIWARA TAKUMI! 

BACA: GENERASI KEDUA TOYOTA 86 AKAN DIPERKENALKAN PADA 2019

Dalam perlumbaan Fuji Freshman, 86 perlu bersaing dengan Nissan Skyline berenjin 2.0 liter. Tsuchiya berpendapat, pemandu berkemahiran tinggi yang memandu 86 boleh boleh mengalahkan Skyline dari segi pengendaliannya.

Tanggapannya terbukti benar. Skyline memang mampu memecut laju di laluan lurus, tetapi berdepan  kesukaran ketika mengambil selekoh. Sebaliknya, 86 yang dipandu oleh Tsuchiya mampu memecut pada kelajuan tinggi di selekoh. Akhirnya, dia tidak ditinggalkan terlalu jauh oleh Skyline yang jauh lebih berkuasa.

keichi-tsuchiya-toyota-86-mekanika-5

“Saya fikir, jika hujan turun, saya mungkin boleh menang. Apabila hujan mulai turun dan litar menjadi basah, saya mendahului perlumbaan. Malangnya, apabila trek kembali kering, saya hanya dapat menduduki tempat kedua. Saya tidak akan lupakan pengalaman itu sampai bila-bila,” kata Tsuchiya.

BACA: INI MEMANG KEJAM – TOYOTA GT86 DENGAN ENJIN NISSAN GT-R

Prestasi luar biasa itu membuatkan pasukannya mendapat bantahan daripada pasukan  NISMO. Keretanya dibuka sepenuhnya, kerana mereka yakin satu-satunya cara 86 boleh pergi selaju itu adalah dengan menipu. Namun, selepas semua komponen 86 itu dibuka, tiada apa yang meragukan dijumpai.

Kecemerlangan Tsuchiya dengan 86 diteruskan apabila memenangi lapan perlumbaan kelas 86. Pada pertandingan terakhir, dia terpaksa dikeluarkan kerana penganjur perlumbaan, Fuji Speedway memintanya supaya tidak turut serta. Ini kerana jika dia masuk, pelumba lain akan hilang motivasi.

keichi-tsuchiya-toyota-86-mekanika-4

Apa yang mengagumkan pada 86 ialah jentera itu mempunyai kerangka badan yang sangat tegar pada zamannya. Aspek penjajaran (alignment) tidak akan berubah dan counter-steering boleh dilakukan dengan pantas dan mudah. Sebab itulah Tsuchiya berasa cukup kagum dan menganggap 86 sebagai sebuah jentera yang menakjubkan.

Satu lagi sebab kenapa dia gemar memandu 86 adalah ia boleh melakukan drift dengan sempurna. Lelaki itu pernah membuat drift menggunakan Nissan Sunny, tetapi kurang berjaya.

Gelaran “Drift King” diberi oleh ketua editor majalah Car Boy. Ini selepas dia melihat Tsuchiya melakukan drift dalam hujan di selekoh 100R di litar Fuji Speedway ketika mengejar sebuah Nissan Skyline.

keichi-tsuchiya-toyota-86-mekanika-1

Di luar litar, dia masih gemar memandu sebuah 86. Sehingga kini, Tsuchiya memiliki tujuh buah 86 pelbagai model. Malah, dia mengakui bahawa 86 telah membentuk kemahirannya untuk menjadi pelumba yang bagus dan disegani ramai.

“Saya telah berlumba menggunakan banyak jenis kereta. Ada kalanya, kereta yang bagus boleh membuatkan anda menjadi seorang pemandu yang teruk. Sistem brek ABS dan kawalan elektronik boleh menutup kesilapan anda, tetapi tidak dengan 86.

keichi-tsuchiya-toyota-86-mekanika-6

“Anda tidak boleh melakukan satu kesilapan pun dengan kereta ini. Sebab itulah saya terus memandunya. 86 membantu anda menjadi seorang pemandu yang lebih baik,” katanya.

Satu lagi sebab kenapa Tsuchiya masih menyimpan beberapa buah 86 adalah kerana alat ganti aftermarket yang ditawarkannya. Sehingga kini, masih ada alat ganti baharu yang dikeluarkan setiap tahun. Lebih menarik lagi, terdapat begitu banyak alat ganti unik yang membuatkan 86 tidak pernah membosankan.

Tsuchiya sudahpun bersara sebagai pelumba kereta. Dia kini menjadi salah seorang penasihat eksekutif pasukan ARTA yang mengambil bahagian dalam perlumbaan SUPER GT.

Google ads
Back to top button