PRODRIVE – PAKAR PERLUMBAAN DARI BRITAIN

SHARE

Sebuat sahaja Prodrive, ingatan kita pasti banyak terarah kepada perlumbaan WRC bersama pasukan Subaru Rally Team yang cukup popular di era 90an. Kereta lumba yang dibina oleh Prodrive itu berjaya menaikkan jenama Subaru dan juga Prodrive sendiri ketika itu. Namun tidak ramai yang mengetahui asal usul syarikat sukan bermotor dan teknologi  yang berpangkalan di Banbury, England.

BACA : PROTON PUTRA WRC, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI…

BACA : PRODRIVE HASILKAN BASIKAL LIPAT PALING RINGAN DI DUNIA

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Prodrive ini mula diasaskan pada tahun 1984 oleh Ian Parry dan juga David Richards (kini merupakan Pengerusi Prodrive). Sebelum itu, David Richards turut aktif dalam perlumbaan rali sebagai Jurupandu kepada pelumba terkemuka Ari Vatanen dan pernah juga muncul juara dunia WRC. Namun beliau memutuskan untuk bersara dan telah menubuhkan Prodrive bagi membekalkan kejuruteraan pasukan yang turut ditubuhkannya juga, Rothmans Porsche Rally Team yang berakdi European Rally Championship (ERC).

Setelah membabitkan dalam perlumbaan rali di Middle East Rally Championship (MERC) dan juga di British Rally Championship, Prodrive mula mengembangkan jenamanya melalui pembabitan perlumbaan touring pula dengan menyertai British Touring Car Championship (BTCC) pada tahun 1988.

Dan era gemilang dan terbilang Prodrive bermula pada tahun 1990 apabila mereka bekerjasama dengan Subaru dalam perlumbaan WRC sehingga tahun 2008. Sepanjang tempoh kerjasama itu, tiga kejuaraan Pemandu WRC melalui  Colin McRae (1995), Richard Burns (2001) dan Petter Solberg (2003) serta tiga kejuaraan Pembuat (1995,1996 dan 1997).

Walaupun pembabitan aktif dalam rali, Prodrive turut membabitkan diri dalam perlumbaan GT antara tahun 2001 sehingga ke 2004 dan pernah bekerjasama sewaktu penubuhan Aston Martin Racing. Malah, pada tahun 2001 juga David Richards turut pernah dilantik sebagai Prinsipal bagi pasukan BAR yang beraksi dalam saingan F1. Itu merupakan suatu bonus buat Prodrive dan pasukannya yang turut bersama pasukan F1 tersebut.

Tapi itulah, bila dah pengasasnya memang asalnya meminati rali, maka kepada rali jugalah Prodrive ini kembali. Prodrive dengan kerjasama BMW telah membina kereta rali daripada Mini Countryman dan menyertai WRC pada tahun 2011. Malah, Prodrive turut membina kereta rali VW Golf khusus untuk beraksi dalam saingan Chinese Rally Championship yang mana kereta ini dimiliki oleh FAW VW Rally Team. Hasilnya? Dua kejuaraan berturut berjaya diraih pada tahun 2015 – 2016.

Dan kini hasil tangan terbaharu Prodrive dapat dilihat apabila mereka menghasilkan kereta lumba rali cross, Renault Megane R.S, RX untuk pasukan GCK RX Team dan bersaing dalam World Rallycross Championship (WRX) bagi musim 2018.

Sebelum ada yang menyangka Prodrive hanya handal dalam perlumbaan kereta sahaja, mungkin mereka kena menarik semula kata – kata tersebut. Prodrive turut mempunyai kepakaran dalam Aeroangkasa, Sumber Tenaga, Marin, dan tidak lupa juga pakar pembuat basikal lipat yang paling ringan di muka bumi. Amacam?

Senarai kejayaan Prodrive membantu pelanggan mereka

  1. •    6 Kejuaraan FIA WRC
  2. •    5 Kejuaraan FIA World Sportscar
  3. •    5 Kejuaraan Le Mans
  4. •    4 Kejuaraan British Touring Car
  5. •    Kejuaraan Le Mans Series
  6. •    Tempat Kedua Kategori Pembuat F1 2004

 

 

Share this post

scroll to top