PROSES REBADGE YANG GAGAL DAN MAHU DILUPAKAN OLEH SYARIKAT PENGELUAR

SHARE

Proses rebadge ataupun penukaran lencana dari satu model ke satu model lain bukannya sesuatu yang baru. Ia sudah lama dipraktikkan oleh syarikat pengeluar kereta dan ada yang telah menerima pengajaran yang pahit seperti GM. Mereka menyangka yang mereka boleh menyalin Chevrolet Cavalier kepada Cadillac Cimarron dan tiada siapa akan perasan. Ia dilakukan sebelum mereka jatuh bengkrap pada 2009 akibat sifat…malas. Itulah sebab sebenar proses rebadge. Sifat malas. Kenapa perlu bersusah payah menghasilkan model baru bila anda cuma perlu menukar logo, beberapa komponen badan plastik dan hasil, sebuah model baru yang berkilauan.

Tapi GM bukannya satu-satu syarikat yang melakukannya. Banyak lagi syarikat lain yang melakukannya dan ada sesetengahnya memang gagal teruk dan lari dari konsep syarikat. Mari kita tengok beberapa contoh yang tak sepatutnya diikut oleh pengeluar lain.tor

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Aston Martin Cygnet

 

Agaknya ada salah seorang eksekutif Aston Martin yang mabuk semasa membuat keputusan ini. Aston Martin Cygnet ialah sebuah kereta ultra kompak Toyota iQ yang dijual dengan harga tiga kali ganda lebih mahal berbanding asal. Cygnet yang dilancarkan pada tahun 2011 merupakan satu cara Aston Martin dapat memenuhi piawaian Eropah untuk regulasi model yang dikeluarkan.

Dengan kata lain perlu ada keseimbangan antara model dikeluarkan mereka selain model dengan enjin V8 dan V12. Tapi kenapa Cygnet eh? Ia bukannya model terlaris mereka bahkan ia antara model Aston Martin yang paling tak laku. Cuma 150 unit sahaja terjual di UK sehinggalah Aston menyumbatnya dengan enjin 4.7-liter V8 ke dalam ruang enjin Cygnet yang gagal terjual. Jimat minyak la sangat konon.

Honda Crossroad

Nanti kejap, ini bukan Land Rover Discovery Series I ke? Betul, tetapi ia juga pernah dipasarkan sebagai Honda Crossroad. Honda melakukan rebadge dan menjual Crossroad dari tahun 1993 sehinggalah 1998 selepas mereka membeli hak Discovery Series I. Ia berakhir beberapa tahun kemudian selepas BMW membeli Land Rover.

Honda cuma menjual Crossroad di beberapa buah negara termasuklah Jepun dan New Zealand. Perbezaannya hanyalah pada logo Honda yang menggantikan logo asal Land Rover. Senang betul kerja kan? Enjinnya pun masih enjin Land Rover 3.9-liter V8 yang dipadankan dengan kotak gear automatik 4-kelajuan.

Saab 9-2X Aero

Ini merupakan saat kejatuhan Saab, sebuah syarikat kerera hebat dari Sweden yang dikatakan diinspirasikan daripada pesawat terbang. Selepas ini dibeli oleh GM pada tahun 2000, mereka tidak mengeluarkan produk baru. Habis tu kenapa GM beli Saab? Mungkin ia merupakan trend semasa pada ketika itu dan mereka mahu menyaingi Ford yang baru sahaja membeli Volvo. Saab pula berdepan dengan masalah kewangan dan GM tidak mahu kalah kepada Ford.

Sebagai jalan penyelesaian, GM melakukan proses rebadge tetapi bukannya dengan menggunakan model mereka sendiri sebaliknya menggunakan model lain. Contohnya ialah Saab 9-2X Aero. Rasa macam pernah nampak tak? Mestilah pernah kan kerana merupakan Subaru Impreza Wagon model 2005. Patutnya namanya ditukar kepada “Saabaru” kan?

Alfa Romeo Arna

Walaupun menghadapi beberapa kesukaran, Alfa Romeo masih terus memasarkan kereta di Amerika Utara dan Eropah tetapi sebagai syarikat bukan berasal dari Jerman mereka turut berdepan dengan masalah kewangan dan memilih untuk melakukan proses rebadge untuk mengurangkan kos.

Pada tahun 1980-an contohnya, mereka telah bergabung dengan Nissan dengan pembahagian pegangan 50:50. Hasilnya lahirlah Alfa Romeo Arna. Apa benda Arna ni? Kalau nama Arnab terus pun lagi okey rasanya. Rupanya ia bermaksud Alfa Romeo Autoveicoli (Kenderaan bermotor dalam bahasa Itali).

BACA: NISSAN AKAN HASILKAN SEMULA ALATGANTI SKYLINE GT-R R33 DAN R34

Walaupun Alfa mempunyai enjin, transmisi, stereng, brek dan suspensi mereka sendiri, kereta ini sebenarnya hanyalah sebuah Nissan Pulsar yang direbadge kembali. Ia mempunyai kualiti buatan yang teruk dan hanya dikeluarkan selama 4 tahun.

Eagle Talon

Ada yang pernah dengar kereta bernama Eagle? Ia termasuk dalam satu pakej bila Chrysler membeli AMC pada tahun 1987. Walaupun ia sebuah kereta yang dikatakan berorientasikan pemandu, hakikatnya ia tidak begitu. Chrysler pun tak tahu nak buat apa dengan jenama Eagle ni jadi mereka memutuskan untuk melakukan rebadge sebelum Eagle dihentikan pengeluaran pada tahun 1999.

Eagle Talon ini sebenarnya adalah model rebadge Mitsubishi Eclipse dan perbezaan antara keduanya hanyalah pada kosmetik seperti rim, bumper depan dan belakang selain pilhan warna. Bahagian lain memang sama dengan Eclipse.

Kredit Carbuzz.com

 

Share this post

scroll to top