PUSINGAN KEDUA – MCLAREN 720S STANDARD VS NISSAN GTR 930 HP (VIDEO)

SHARE

Okey hari tu kami dah kongsikan video perlumbaan drag antara McLaren 720S standard kilang dengan Nissan GTR modified 720 hp. Walaupun dengan kuasa yang hampir sama terbukti GTR modified masih tidak mampu menyaingi pecutan 720S standard pekak.

Kali ini pencabar baru muncul iaitu sebuah lagi GTR kali ini diubahsuai sehingga mampu menghasilkan kuasa maksima 930 hp! Ini dah kira main kotor dengan perbezaan kuasa sehingga 200 hp. Untuk rujukan kuasa maksima Myvi 1.3 baru pun hanya mencecah 94 hp, 200 hp hampir menyamai kuasa dua buah Myvi.

Sekali fikir kejuruteraan McLaren memang sudah terbukti. Walaupun dengan hanya serendah 720 hp (rendah bagi level supercar), mereka mampu menewaskan hampir kesemua kereta lain dari segi pecutan. Tak ke hebat tu? Tapi GTR kali ni mempunyai 930 hp dan ini ujian drag bukannya perlumbaan turun bukit ala Initial D. Boleh makan ke?

Rasanya semua peminat tahu yang pecutan 720S memang cukup pantas tapi untuk menghadapi gergasi Jepun dengan 930 hp ni memang bukan cabaran biasa. Pujian harus diberikan kepada pihak yang merakamkan perlumbaan ini kerana memberikan jawapan kepada kita.

BACA: NISSAN GTR 720 HP CABAR MCLAREN 720S – SIAPA LEBIH LAJU (VIDEO)

Okey jangan cakap banyak, korang rasa siapa yang menang? Hari tu GTR 720 hp memang bukan tandingan McLaren 720S, memang sayup kena tinggal tak ada ampun lagi. Jika kali ini korang rasa McLaren akan pecut dulu kemudian GTR berjaya memotong. Sekali lagi korang bagi jawapan salah sebab, 720S ini tetap kekal di hadapan walaupun jarak berjaya dikurangkan.

Antara faktor yang menjadi punca pada pendapat kami ialah berat kereta itu sendiri. McLaren 720S standard hanya mempunyai berat kurang dari 1,300 kilogram berbanding GTR yang mencecah 2,000 kilogram. Banyak beza tu nak oi.

Habih tu korang rasa berapa hp lagi perlu ditambah oleh GTR untuk mengatasi McLaren 720S mi? 1,000 hp? 1,200hp? Jangan bimbang, tak lama lagi mesti ada video baru dihasilkan untuk menunjukkan hasilnya.

Kredit foto dan video DragTimes

(Visited 1,946 times, 53 visits today)

Share this post

scroll to top