Artikel Pilihan

REPLIKA KITT DENGAN TANDA TANGAN DAVID HASSELHOFF INI BERNILAI HAMPIR RM250K!

Bagi anda semua yang sebaya dengan Pok Ya atau Pak Amit mesti ingat dengan siri asal Knight Rider yang menggunakan model Pontiac Trans Am sebagai watak utama. Ia merupakan sebuah kereta boleh bercakap yang dinamakan Knight Industries Two Thousand (KITT).

Sudah beberapa kali model seumpama ini dijual di pasaran, ada yang asal dan ada juga versi replika. Ini ada satu lagi replika yang sangat realistik untuk dijual dan lebih istimewa lagi ia turut mempunyai tandatangan hero dada berbulu yang diminati ramai, David Hasselhoff.

Replika KITT ini sudah mencatat 112,654 kilometer perbatuan tapi itu bukannya satu masalah. Biasalah kereta terpakai kan? Tapi yang pentingnya ia mempunyai papan pemuka penuh yang menyamai KITT dalam siri Knight Rider musim ketiga dan keempat.

BACA: HONDA CIVIC EP3 – TYPE-R YANG KURANG DIKENALI

Harganya? Lagi murah dari Nissan GT-R kerana kini ia boleh menjadi milik anda dengan harga RM248k. Nak bawa masuk ke Malaysia lain la pulak ceritanya. Tapi ia dikatakan sangat berbaloi kerana ia dilengkapi dengan lampu strobe yang menjadi identiti KITT selain perisian interaktif yang boleh meniru suara KITT dalam siri tersebut.

Ia juga mempunyai sistem audio custom, lampu belakang yang digelapkan (ingat tak zaman Proton Saga Magma dulu? Lampu smoke beb). Malah ia juga mempunyai penutup rim berwarna hitam. Penutup rim? Haha tergelak pulak tapi okeylah, zaman ni mana ada budaya sport rim 17, 18 inci lagi. Budaya tayar kangkang pun belum wujud lagi.

Kalau anda rasa kos 248k tu tinggi, kena la fikir sikit kos modifikasi macam ni memang tinggi. Ingat semua aksesori tu ada jual kat kedai Ah Beng ke? Sebelum ni pun dah ada model replika KITT yang dijual di pasaran dan harganya memang keras.

Beli kereta ni tinted hitam gelap lepas tu anda boleh berlagak macam Michael Knight pencen. Kalau ditakdirkan anda beli jangan lupa tunjuk kat kami okey. Nak juga rasanya ambik gambar sekeping untuk untuk profil IG.

  

Google ads
Back to top button