Artikel Pilihan

RIWAYAT HIDUP : AKU SEBUAH INOKOM ATOS

Salam sejahtera dan Salam 1Inokom. Nama aku adalah Inokom Atos. Dilahirkan pada tahun 2002 di Kulim Kedah. Kalau ikutkan, aku ini baru berusia 16 tahun. Dan ini adalah kisah riwayat hidup aku.

BACA : RIWAYAT AKU SEBAGAI SEBUAH PROTON JUARA

BACA : SEMBANG SANTAI : SUZUKI RG SPORT PELESIT KOTA

Untuk pengetahuan semua, walau pun aku ini dilahirkan di negeri Jelapang Padi, tapi sebetulnya aku juga mempunyai darah Korea di sebelah bapa. Bolehlah berbahasa Korea sikit-sikit. Tapi untuk aku meminati Running Man jangan haraplah. Aku lebih rela menonton Ceria Megastar. Kecewa juga Masya tak masuk final itu hari.

Di Korea, aku juga punya saudara kembar yang dinamakan Hyundai Atos. Ianya mula berada di atas jalanraya Seoul sekitar lewat tahun 1990an. Dengan paras rupa kompak dan berkotak, jejaka di Korea pada mulanya agak skepkital juga tentang reka bentuk aku ini. Tinggi serupa MPV, tapi apa hal kontot sama macam Kancil kan?

Setelah beberapa tahun berada di pasaran global termasuklah dijual di UK, Mexico dan India, barulah aku ini dibawa masuk ke Malaysia, bumi bertuah. Tanpa persaingan, penerimaan aku di sini agak baik juga. Iyalah, dengan cermin depan yang besar dan tinggi, ramai wanita yang menggemari untuk memandu aku. Dan setelah menilai potensi yang ada, akhirnya aku ini telah dipersetujui untuk dilahirkan di Kulim, Kedah.

Walau pun bersaiz agak kecil, namun kelincahan enjin 1.1 liter yang ada di dalam jantungku terlalu memadai untuk menjalankan tugasnya sebagai sebuah kereta bandar. Apa tah lagi apabila dibandingkan dengan nisbah berat aku yang cukup ringan. Minyak pun jimat.

Namun, setelah kehadiran Perodua Kenari yang turut menampilkan imej kereta mesin basuh, sedikit sebanyak rekod jualan aku turut terjejas. Mujur juga pada tahun 2006, facelift aku diperkenalkan. Perubahan lampu berkotak yang menggantikan lampu berbentuk bulat jelas memberikan impak yang besar ke atas paras rupa aku. Barulah terasa hensem sedikit. Nama pun dah jadi Inokom Atos Prima. Bolehlah nak bersaing semula dengan si Kenari tu.

Cumanya untuk pasaran Malaysia, muka depan aku telah diperbaharui manakala rupa belakang aku masih kekal seperti keluaran pertama. Ianya berbeza dengan saudara aku di serata dunia yang mana Hyundai Atos ini mendapat perubahan rupabentuk di bahagian depan dan belakang. Tapi pada firasat aku, rupa bahagian belakang yang baharu itu kelihatan macam pelik sikit.

Namun untuk pasaran Malaysia, aku cuma sempat bertahan selama beberapa tahun sahaja apabila Hyundai mula memperkenalkan model i10 sebagai model serba baharu kemudiannya.

Kini, aku banyak menghabiskan baki sisa hidup di Pusat Jualan Kenderaan Terpakai. Harga nak beli pun murah dah. Tap itulah, entah ada orang minat nak beli ke tidak pun tak tahulah.

 

 

Google ads

B K

Back to top button