RODUWAN RASHID YANG PATUT KITA KENALI

SHARE

Nama Roduwan Rashid atau lebih dikenali dengan nama Chepot adalah nama yang harus diingati bermula tahun 2017 ini. Sesungguhnya, 2017 ini adalah tahun yang gemilang dan cemerlang buat dirinya serta pasukan miliknya, sendiri, DWau One Motorsports Bagan Datuk Rally Team.

BACA : JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

BACA : GINA FINANZA DAUD YANG PATUT KITA KENALI

Roduwan, pemuda berusia 40 tahun yang menggalas sebagai Eksekutif Kanan di salah sebuah anak syarikat petroleum negara Petronas sebagai kerjaya hakikinya, Kerjaya sebagai Pelumba rali bermula pada 2003 setelah Roduwan berjaya memenangi kategori Open Castrol Rally Sprint 2003 di Bukit Jalil.

Lantas Roduwan telah dipelawa sendiri oleh penganjur Malaysian Rally agar menyertai perlumbaan rali ulung di negara. Namun Roduwan hanya menyertai MRC sebagai Jurupandu sahaja pada tahun 2004 sehinggalah tahun 2007. Kata orang kutip pengalaman terlebih dahulu.

Dan pada tahun 2008 barulah Roduwan menyertai MRC sebagai Pemandu dengan memandu Perodua Kelisa, bertanding dalam kategori P9.

Kalau nak disembang tentang kejayaan, barangkali kejayaan secara indie sudah cukup banyak diraih oleh Roduwan ketika bertanding atas tiket kategori biasa-biasa. Tetapi tahun 2017 sebenarnya cukup untuk memberikan signifikasi yang bermakna buat Roduwan serta pasukan.

Bermula tahun 2016, petanda bahawa Roduwan akan terus menyinar terbukti apabila berjaya mengungguli kategori P11 (kereta bawah 1800cc). Dan sudah tentulah kemuncaknya pada tahun 2017 apabila berjaya memenangi saingan MRC pusingan pertama di Perlis.

Dan sebaik sahaja tamat pusingan terakhir, ironinya turut berlangsung di Perlis, seakan menjadi lokasi bertuah buat Roduwan apabila berjaya ditabalkan sebagai juara keseluruhan MRC 2017 bagi kategori Kelas P12 (kereta lebih 2000cc) dan juga juara kategori 4WD setelah mengumpul mata keseluruhan tertinggi. Sesuatu yang barangkali hanya mampu dimimpikan, apatah lagi bersaing dengan nama besar seperti Karamjit Singh dan juga Muhammad Rafiq Udhaya.

Tetapi itulah, apabila semuanya sudah tertulis, maka Allah SWT telah menetapkan bahawa rezeki tahun ini menjadi milik beliau. Menggalas tugas selaku Prinsipal merangkap Pemandu pasti sukar jika tanpa sokongan rakan-rakan mahupun penaja. Sesungguhnya beliau amat berterima kasih kepada penaja utama, DWau Travel & Tour dan juga Kerajaan Negeri Perak (melalui penjenamaan Bagan Datuk Rally Team – BDRT).

Berkenaan perancangan tahun hadapan, Roduwan berkata persediaan melibatkan persiapan jentera Subaru milik sendiri serta memantapkan lagi skil pemanduannya, terutamanya bagi bersaing dengan nama besar. Jikalau bukan menghadapi masalah jentera, sudah pasti beliau mampu untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih pada musim 2018.

Dan sebagai tanda penghargaan, Roduwan ingin sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Khalid A Rashid yang bertindak selaku Pengurus Pasukan bagi merencanakan strategi pasukan hingga berjaya Team Champion 2017. Tidak lupa juga kepada Mummy Khalish, selaku rakan sepasukan yang banyak memberikan sokongan tanpa henti.

Ucapan terima kasih turut diberikan kepada semua pemandu dan juruarah pasukan Team Dwau One Motorsports BDRT, Crew leader Hairi Mamat dan Gonem dan juga Jasni Jaafar (Secret Service Garage). Dan akhir sekali terima kasih kepada Balan dan Eido San (dari Jepun) kerana telah memperkuatkan lagi jentera Subaru beliau bagi pusingan terakhir di Perlis tempohari.

Oh ya, sebagai penutup kepada artikel ini, barangsiapa yang ingn beraksi dalam MRC tahun hadapan, bolehlah menyewa jentera rali dari Roduwan sendiri dengan harga yang murah tapi kena petik nama Mekanika dahululah. Heh!

Syabas Brader Chepot!

Kredit Foto : FB Roduwan & MalaysianRally

 

(Visited 1,411 times, 19 visits today)

Share this post

scroll to top