SAKSIKAN BAGAIMANA SISTEM BREK AUTOMATIK VOLVO MENYELAMATKAN NYAWA SEORANG KANAK-KANAK

SHARE

Tidak dinafikan sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan moden memang mahal tetapi bukankah ia dikira pelaburan yang cukup baik jika mampu menyelamatkan nyawa penumpang dan pengguna jalanraya lain termasuklah pejalan kaki.

Video yang dipaparkan di bawah ialah situasi sebenar bagaimana teknologi ini telah berkembang kebelakangan ini. Kemajuan teknologi telah memungkinkan segalanya.

Senario yang ada dalam video ini merupakan senario biasa sehari-hari dan biasa juga berlaku di negara kita. Bas berhenti untuk menurunkan penumpang kanak-kanak dan dua dari mereka berlari untuk melintas jalan tanpa menoleh ke kiri atau kanan. Biasa tengok dan alami sendiri bukan? Bukan setakat kanak-kanak, bapak budak macam Pak Amid pun kadang-kadang cuai.

Pertimbangan seorang kanak-kanak memang tidak sama dengan orang dewasa. Walaupun sering dinasihatkan supaya berhati-hati dan diingatkan tentang bahaya di jalan  raya namun mereka tetap dengan naluri kanak-kanak yang belum matang.

Sewaktu berlari untuk melintas sebuah trak Volvo meluncur laju sedang menuju ke arah mereka. Kanak-kanak kedua berjaya menyelamatkan diri dengan berhenti sebelum sempat melintas tapi keadaan sudah terlambat buat kanak-kanak pertama.

BACA: VCM LANCAR VOLVO S90 T8 TWIN ENGINE – 407HP, TORK 640NM!

Bagaimana trak Volvo yang muncul itu merupakan sebuah trak yang dilengkapi dengan teknologi brek kecemasan automatik (AEB). Selain merupakan tambahan kepada ciri keselamatan lain, AEB juga bertindak mengenakan brek secara automatik dalam keadaan kecemasan seperti ini.

Pujian harus diberikan kepada sistem keselamatan yang dilengkapkan pada trak ini ditambah pula dengan kecekapan reaksi pemandu itu sendiri. Trak tersebut kelihatan seperti telah melanggar hukum fizik dan sempat diberhentikan dalam sekelip mata sekaligus menyelamatkan nyawa yang sangat berharga.

(Visited 4,319 times, 11 visits today)

Share this post

scroll to top