Artikel Pilihan

SÉBASTIEN OGIER KEMBALI KE PANGKAL JALAN – KEMBALI BERSAMA CITROEN

Belum pun habis saingan World Rally Championship (WRC) musim 2018, ada pasukan telah pun membuat persiapan awal bagi saingan musim 2019. Pasukan Citroën Total Abu Dhabi WRT yang kini seakan tenggelam beberapa musim kebelakangan ini telah mengumumkan bahawa juara dunia WRC sebanyak lima kali berturut Sébastien Ogier bakal menyertai pasukan yang berpangkalan di  Versailles, Perancis.

BACA : ALKISAH SEBASTIAN OGIER – JUARA WRC LIMA KALI BERTURUT-TURUT!

BACA : SÉBASTIEN OGIER JUARA WRC VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

Kira – kira sepuluh tahun yang pada (2008) seorang anak muda kelahiran Perancis telah pun memenangi Junior World Rally Championship (JWRC) bersama pasukan Equipe de France FFSA dengan memandu Citroen C2 Super-1600 bersama pasangannya Julien Ingrassia. Ironinya juga, pada tahun tersebut juga Sébastien Ogier turut diberi peluang untuk membuat debut bersama jentera WRC, Citroen C4 sewaktu perlumbaan Rally Wales dan berjaya mendahului saingan sehingga ke peringkat kelima sebelum terpaksa menarik diri akibat masalah mekanikal.

Kini, Sébastien Ogier dan jurupandu  Julien Ingrassia bakal kembali menyertai pasukan Citroën Total Abu Dhabi WRT. Ibaratnya sirih pulang ke gagang. Pengumuman ini pasti dilihat sesuai buat kedua – dua pihak memandangkan saingan Rally Wales ini bakal berlangsung pada bulan Oktober ini. Sudah pengumuman ini mampu memberikan lonjakkan semangat buat Ogier mahu pun pasukan Citroen sendiri.

Dengan kejayaan mengikat pelumba handalan Perancis bagi saingan musim 2019 nanti, krew pasukan yang diketuai oleh  Pierre Budar selaku Pengarah Citroen Racing akan bekerja keras untuk memastikan kereta C3 WRC mereka mampu menepati citarasa pemandu sekali gus berada pada prestasi optimum. Musim ini kereta Citroen C3 WRC berjaya mencatat dua kejuaran pusingan dan juga enam kemenangan podium.

Dan sudah tentu gabungan krew, pemandu, dan juga kereta Perancis ini diharapkan mampu memberikan saingan yang bukan biasa – biasa pada musim hadapan. Menurut Ogier, beliau sendiri berasa teruja dengan cabaran baharu bersama Citroen malah beliau tidak pernah melupakan jasa Citroen yang pernah memberikan peluang pertama kali untuk merasa bertanding dalam WRC. Dan Ogier sendiri tidak sabar untuk melaungkan cabaran bahawa beliau sudah bersedia untuk bergelar juara dunia sekali lagi dengan tiga pasukan yang berbeza.

CATATAN SEBASTIAN OGIER BERSAMA PASUKAN CITROEN

  • Empat musim bersama (2008-C2 Super 1600, 2009 & 2010 – C4 WRC, dan 2011 – DS3 WRC)
  • Dua kejuaran Pembuat WRC – 2010 & 2011)
  • Satu kejuaraan Junior World Rally Championship – 2008
  • Tujuh kemenangan Pusingan WRC
  • Empat belas kemenangan podium

 

 

Google ads

B K

Back to top button