SEJARAH MINI COOPER DARI AWAL HINGGA AKHIR – F1 PUN ADA PENGARUH MINI TAU (+VIDEO)

SHARE

MINI Cooper sememangnya bukan hanya jenama ataupun nama model sebuah kereta tetapi ia juga merupakan ikon fesyen ataupun pelengkap gaya. Dengan kata lain ia merupakan Vespa dalam dunia kereta dan menjadi jenama paling popular pernah dikeluarkan dari tanah British. Sejak diperkenalkan pada tahun 1959 ia telah mencipta sejarah yang cukup panjang.

Kini Donut Media telah mengeluarkan video lengkap tentang sejarah MINI dari awal sehingga sekarang. Ia cukup menarik untuk ditonton kecuali tentang pengacaranya yang tidak sekacak Abang Japar dan tidak semacho Pak Amid.

Rekaan MINI memang cukup istimewa dan unik untuk sebuah model kompak sejak dari pertama kali ianya dihasilkan.

Sejarah MINI dimulai dengan terhasilnya model Morris-Austin Seven da Mini-Minor yang dihasilkan bertujuan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di kota London yang sangat sibuk. Bermula dari saat itu, nama MINI mula berkembang sehingga cukup popular di serata dunia.

Kehebatan MINI yang direka oleh Sir Alec Issigonis semakin berkembang bila ia menyertai perlumbaan pertama di Rali Monte Carlo tahun 1964. Ia merupakan satu model dominan yang sentiasa mencuri perhatian penonton sewaktu perlumbaan.

BACA: MINI TAWAR SERVIS “MINI YOURS CUSTOMIZED”

Selain pernah memenangi kejuaraan rali selama beberapa tahun, MINI juga melakar sejarah dengan menjadi pelopor penggunaan konfigurasi enjin di bahagian tengah di belakang pemandu ketika menyertai perlumbaan F1 pada penghujung tahun 50-an. Ianya merupakan idea hebat John Cooper yang kekal digunakan sehingga sekarang.

Kini bukan hanya kereta F1 malah produk-produk supercar lain turut menggunakan konfigurasi sama untuk agihan berat yang lebih baik pada model-model keluaran mereka. Terima kasih kepada John Cooper dan MINI untuk idea hebat tersebut.

MINI bagaimanapun telah menjadi hakmilik BMW pada tahun 1994 dan telah berkembang dengan pengeluaran pelbagai varian baru antaranya ialah, MINI Cabriolet, Clubman, Countryman dan model terhebat mereka tentulah John Cooper Works (JCW).

Memang menarik cara sejarah MINI disampaikan, tapi kalau guna pengacara perempuan lagi okey kan?

Kredit Donut Media

Share this post

scroll to top