Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI : APA KHABAR SI PERODUA ALZA

Suatu petang yang nyaman, sedang Brader Karrager asyik membasuh kereta kesayangan, Perodua Alza, tiba-tiba macam tergerak hati pula nak ajak bersembang dengan kereta sendiri. Asyik interview kereta orang lain aja, nah kali ini Brader Karrager interview kereta sendiri pula.

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA MPV SUZUKI APV

BACA : SIRI SEMBANG: CHEVROLET AVEO PULA

Brader : Alza. Aku ni nak ajak kau sembang-sembang kejap boleh ke? Teringin nak sembang dengan kau.

Alza : Hah Brader. Nak ajak sembang apa petang-petang begini? Bab air ke?

Brader : Isk. Bab air ni kau jangan sebarang sebut. Sensitif orang kata. Karang aku curah kau dengan air sabun, lepas tu aku tak bilas kau nak?

Alza : Janganlah macam tu Brader. Pedihlah mata saya nanti.

Brader : Hah! Tahu pun takut. Aku ni bukannya apa, sajalah nak nyembang dengan kau. Er, nama penuh kau apa hah? Alzawati ke Alzarina?

Alza : Brader, janganlah main gurau kasar macam ni. Kecil hati saya. Nama saya ni sebetulnya berasal daripada perkataan Sepanyol, Alzar yang membawa maksud bangkit tau. Sebenarnya saya prefer kalau depan nama tu ada Mohd. Barulah ada ciri Islamik sikit orang kata. Tapi diaorang ni main letak Alza aja. Menurut orang tua saya, sengaja Alza aja yang dipilih. Senang dalam kelas duduk depan sekali waktu ambil exam dulu.

Brader : Iyalah. Iyalah. Ajak bergurau sikit pun nak kecil hati bagai. Kau ni aku tengok dah lama sangat berada di pasaran. Lama sangat dah tu kan.

Alza : Haahlah Brader. Tahun depan genaplah 10 tahun. Boleh buat potong-potong kek dah rasanya. Heh!

Brader : Potong kek tu potong kek juga, tapi pengganti kau apa cerita? Lama sangat dah ni rakyat Malaysia pakai kau. Kau punya versi facelift pun dah makan tahun juga kan?

Alza : Iya. Iya. Saya sedar tentang tu. Tapi nak buat macam mana. Buat masa ini senarai pengganti diri saya ni macam tak nampak bayang pun.

Brader : Yang Daihatsu UFC Concept tu apa cerita pulak?

Alza : Yang itu kan Daihatsu Indonesia dah jadikan sebagai Daihatsu Sigra. Model ini kalau nak dijadikan sebagai pengganti saya rasanya macam tak berapa nak sesuailah Brader. Sigra ini level adik-adik saya aja.

Brader : Dah tu, sampai bila kau ni nak dijual? Bila pengganti kau nak keluar ni?

Alza : Entahlah Brader. Persoalan level KBAT ni berat sangat untuk saya jawab. Tapi rasanya macam bukan dalam masa terdekat. Perodua sekarang ni pun tengah tak menang tangan nak keluarkan Myvi baharu tu. Model gantian Kembara pun mungkin bakal menyusul lepas ni. Jadi nasib saya, juallah selagi masih ada yang nak beli. Tapi saya berani jamin, walau pun dah lama, rakyat Malaysia ini masih akan tetap sukakan saya. Betul tak Brader?

Brader : Memanglah. Dah kau ni tak ada saingan. Pasal tu kau berasa selesa sangat dengan pasaran yang ada. Proton Ertiga itu pun senang aja kau tapau ikat tepi.

Alza : Nak buat macam mana Brader. Stigma masyarakat ni lain macam sikit. Si Ertiga itu pun satu hal. Pergi letak harga mahal dari saya, tak padan dengan enjin 1.4 liter. Memang orang fikir dululah kalau nak beli Ertiga tu.

Brader : Tapi itukan Suzuki. Takkan nak jual murah serupa Suzuki RG pula?

Alza : Lambangnya tetap Proton Brader. Proton. Susah betul stigma orang kita ni sebenarnya. Tak percaya pergilah kedai kopi ajak sembang pasal ni.

Brader : Iyalah Alza. Nak buat macam mana kan. Nampak gayanya macam kau akan terus kekal lakulah.

Alza : (sengih)

Brader : Hm..dah masuk waktu solat Asar pun ni hah. Aku nak solat dulu iya. Karanglah aku sambung basuh kau ya Alza.

Alza : Eh Brader. Jiruslah saya dulu kot iya pun. Bersabun lagi ni. Pedih mata weyhh!!

 

Google ads

B K

Back to top button