Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI BERSAMA FAIDZAL ALANG – PELUMBA PUN IYA, STUNTMAN PUN IYA JUGA

Nama Faidzal Alang barangkali tidak ramai yang mengenali nama pemuda yang berasal dari Perak ini. Namun dalam kalangan komuniti perlumbaan kereta, nama ini tidaklah terlalu asing. Apatah lagi ber-abang-kan seseorang yang dianggap sebagai ‘otai’ dalam trek dan juga Proton R3. Oh ya, Faidzal Alang ini juga sebetulnya pernah menjuarai sebuah program realiti berasaskan perlumbaan rali lebih kurang 10 tahun yang lalu. Cumanya baru – baru ini kelibat pemuda yang turut dikenali dengan panggilan Boy ini secara tiba – tiba membuat kemunculan kembali dalam perlumbaan rali di Terengganu. Jom ikuti sesi sembang santai bersama beliau tentang kisah kehilangan beliau sebelum ini.

BACA : FLEETOIL RACING TEAM – FRT DILANCARKAN SECARA RASMI

BACA : PEUGEOT 206 WRC – LAGENDA KERETA RALI PERANCIS

BK : Assalamualaikum Faidzal.

Faidzal : Waalaikumussalam. Sorry lama menunggu. Aku tengah brief budak – budak stunt lepas habis show tadi. Terima kasihlah sebab sudi nak interview sikit pasal aku ni.

BK : Ah, benda kecil aja ni. Dah alang – alang ke sini, aku jumpa jela kau kejap nak bersembang. Cuba kau ceritakan sikit latar belakang kau. Rasanya ramai yang tak berapa nak kenal sangat kau ni.

Faidzal : Baiklah. Nama penuh aku adalah Faidzal Shahril Bin Alang Abdul Rahman. Dulu memang aku budak KL, tapi sekarang ini aku menetap di Ipoh dan bekerja sebagai Stunt Coordinator di MAPS Perak ni.

BK : Hmmmm lama kau menghilang dalam dunia rali. Tiba – tiba aja muncul di Terengganu. Apa hal? Cuba kau cerita sikit.

Faidzal : Macam yang kau tengok aku sekarang ni, sentiasa busy dengan kerjaya aku sebagai Stunt Coordinator dengan MAPS. Sebab tu aku slow sikit dalam rali sebelum ni. Cuma sebulan sebelum rali di Terenganu, Arish Qutb Khan ada contact aku tanya berminat ke tidak nak run kereta rali dia. Aku pun apa lagi, pucuk dicita ulam pun makan dengan nasi la. Sedap oi!

BK : Kira macam rezeki terpijak jugalah ni kan.

Faidzal : Bukan setakat rezeki terpijak, berpijak – pijak dah rezeki aku dapat waktu rali Terengganu itu hari.

BK : Mak ai kau punya tatabahasa. Mengalahkan Kamus Dewan dah aku rasa. Hah, sambung. Sambung cerita.

Faidzal : Pada mulanya aku nak minta cuti ke bos nak pergi berlumba ni. Debor juge orang Peyghok kabor. Eceh. Entah macam mana, tiba – tiba rezeki aku siap dapat sponsor daripada MAPS dengan PKNP lagi. Dah tu, siap dapat cuti tanpa rekod lagi Yeop! Terharu betei teman dibuatnye. Itu belum lagi beberapa sponsor kecil seperti Dato Hanif Borhan misalannya. Lepaslah nak cover duit makan minum masa di Terengganu. Betul – betul terharu aku rasa.

BK : Alhamdulillah. Kadang rezeki dari Tuhan ni memang kita payah juga nak jangka, iya tak?

Faidzal : Betul. Betul. Dan waktu di Terengganu pun aku rasa happy sangat sebab dapat kembali bergandingan semula dengan Hazwan Fauzi. Dulu masa menang Zero.2.Hero tu couple dengan dia la. Eh silap! Aku partner dengan dia la. Dan di Terengganu juga aku berpeluang untuk memandu kereta Proton Satria Neo buat pertama kali dalam rali. Kereta yang dibina berdasarkan Group N itu memang betul – betul macam baru keluar kilang. Mujur juga handling yang di setup oleh Fawster memang ngam dengan style pemanduan aku. Alhamdulillah aku dengan Hazwan berjaya mendapat tempat ke 7 keseluruhan, tempat ke 2 P10 dan tempat ke 3 untuk 2WD. Sesuatu yang aku tak jangka sangat sebenarnya.

 

BK : So, perancangan tahun hadapan macam mana? On ke tak on?

Faidzal : Aduh, ini soalan yang cukup berat untuk aku jawab. Kalau ikut rasa hati, aku memang teringin juga nak merasa 4WD main rali ni. Tapi itulah, kena cari sponsor dululah. Kalau tak dapat kereta Satria lama yang aku menang dulu pun masih boleh disiapkan bila – bila masa aja.

BK : Oraitlah Faidzal. Aku doakan semoga yang terbaik buat kau, kerjaya dan keluarga. Moga adalah yang sudi nak sponsor kau tahun 2019 nanti.

Faidzal : Amin

 

 

 

 

Google ads

B K

Back to top button