SEMBANG SANTAI BERSAMA MPV SUZUKI APV

SHARE

Suzuki APV bukanlah pilihan rakyat utama Malaysia bagi segmen MPV. Langsung tidak digemari oleh Pak Atan, Ah San, mahupun Muthusamy. Namun, di Indonesia, ianya sebenarnya agak popular juga. Jom ikuti sembang santai Brader Karrager bersama si APV yang berasal dari Tanah Jawa ini.

BACA : JOM SEMBANG BERSAMA PROTON SAVVY

BACA : SIRI SEMBANG: CHEVROLET AVEO PULA

BK : Kabare Mas APV? Gue Brader Karrager dari Mekanika. Ngrobol sebentar bisa ngak?

APV : Eh Brader Karrager. Saya kenal ni. Dengar kata Brader ni boleh tahan terkenal juga dengan temubual eksklusif bersama kereta-kereta ini.

BK : Eh, kamu bisa ngomong KL?

APV : Sekarang ini saya udah terer cakap KL. Maklumlah, saya ini biasa juga membawa pelancong dari Malaysia yang berwisata ke sini.

BK : Hah, iyalah. Nak tanya sikit ni boleh ya? Tapi sebelum itu, boleh ngak kamu buangkan dulu Rokok Kretek yang tengah hisap tu? Aku ini semputin. Merokok kan menyebabkan kanker!

APV : Iyalah, saya buang aje rokoknya.

BK : Kamu ini kalau nak diikutkan sudah lama kan berada dalam pasaran?

APV : Benar Brader. Saya ini dah lama sangat berada dalam pasaran, semenjak tahun 2004 lagi. Cuma di Malaysia, saya dengar sudah tidak dijual lagi. Malah tak berapa nak laku pun kan.

BK : Haah, betullah tu. Padahal kamu ini sebenarnya agak praktikal juga. Senang-senang aja nak memuatkan keluarga besar pulang ke kampung tanpa masalah.

APV : Itulah. Walau pun di Malaysia saya kurang popuar, tetapi di sini saya boleh tahan popular juga. Setanding jugalah dengan Ahmad Dhani. Ada yang beli untuk kegunaan keluarga sendiri dan banyak juga yang dijadikan pilihan para Supir di sini untuk membawa pelancong.

BK : Hm..boleh kamu terangkan disebalik nama APV ini tak? Kot la masih ada yang belum tahu lagi.

APV : APV ni singkatan kepada All Purpose Vehicle. Maksudnya saya ini sememangnya kenderaan yang digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebab itu saya di sini agak laku juga.

BK : Iyalah kan. Walau pun dah ada adik baharu, si Ertiga itu tapi kamu masih dijual di Indonesia. Ada apa-apa rahsia ke?

APV : Entahlah Brader. Saya pun kurang pasti. Nak kata power, saya ini hanya menggunakan enjin 1.5 liter. Barangkali penggunaan bahan bakar lebih jimatlah kot. Cuma saya syak, ruang dan saiz yang tidak dapat ditandingi. Maka, sebab itulah saya ini masih diminati sehingga ke hari ini. Tetapi yang penting, saya turut dijual dalam varian yang lebih mewah, seperti dilengkapi kerusi tempat duduk kapten di bahagian belakang. Barulah feeling bos-bos sikit. Itu belum lagi beberapa fitur lain seperti penggunaan tempat duduk kulit dan rim bersaiz 17. Kira memang gaya mewah habislah Brader.

BK : Kalau dah nama Luxury, harganya pun mestilah mahal sikitlah kan?

APV : APV yang biasa harganya lebih kurang Rp 143,750,000 manakala Luxury dalam lebih kurang Rp 215,700,000

BK : Kalau convert duit kita lebih kurang RM43,254 dan RM6,4904. Kira jauh jugalah beza harganya.

APV : Entahlah, hal-hal harga ini PT. Suzuki IndoMobil Motor yang uruskan. Tapi tahukah Brader bahawa saya ini juga sebenarnya turut dijelmakan sebagai Mitsubishi Maven. Cukup untuk membuktikan bahawa saya ini sememangnya cukup diminati di seantero Indonesia.

BK : Iyalah kan. Tapi rasa-rasa sampai bila kamu ini hendak dijual ya? Lama sangat dah ni. Tak ada rasa ambil kesempatan terhadap masyarakat? Model lama tapi harga boleh tahan mahal juga sebenarnya.

APV : Berat juga soalan Brader ni. Saya pun tak berapa reti nak jawab. Matematik mudahnya begini. Selagi ada orang nak, kita jual sahajalah kan. Senang.

BK : Apa-apa jelah APV oi. Er,sebelum balik ni nak tanya sikit boleh? Kalau nak kirim barang se-karton dua boleh tak?

APV : Ah Brader ni..Tadi bukan main lagi kanker bagai.

Share this post

scroll to top