Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI : KISAH SI MATRIX

Agak lama juga Brader Karrager tidak menyiarkan artikel berbentuk temubual. Jadinya, sebelum kita terlupa, marilah Brader Karrager bawakan satu sesi sembang santai bersama Inokom Matrix, sebuah Mini MPV yang berasal dari Kedah tapi mempunyai darah keturunan Korea.

BACA : RIWAYAT HIDUP : AKU SEBUAH INOKOM ATOS

BACA : SEMBANG SANTAI – PERODUA RUSA TANYA APA KHABAR

BK : Hallo Matrix. Engkau apa khabar sekarang ni? Lama tak nampak, mana tercampak?

Matrix : Hallo Brader Karrager. Alhamdulillah, saya ok aja. busy lah sikit sejak sebulan yang lalu.

BK : Busy apanya kau ni?

Matrix : BZ masuk perbarisan Hari Merdeka lah Brader.

BK : Eh ada ke? Apa pasal aku tak nampak pun engkau keluar TV? Ke engkau menyorok belakang tanker Petron itu hari masa perbarisan tu?

Matrix : Isk, saya ni masuk perbarisan peringkat Kampung aja ni. Mana nak layak keluar masuk TV.

BK : Hah, yela yela. Er, aku nak tanya sikit ni. Macam engkau ni boleh mendapat IC Merah? Bukan engkau asal dari Korea ke?

Matrix : Kalau hendak diikutkan, memanglah saya ni berasal dari bumi K-Pop tu. Tapi bila dah kahwin campur ni, itu yang saya akhirnya dilahirkan di Kedah. Itulah kisahnya bagaimana saya mendapat taraf natrulisasi pada tahun 2004. Tapi sebelum tu, kembar saya Hyundai Matrix terlebih dahulu menjejakkan kaki ke sini sekitar tahun 2002.

BK : Yela. Yela. Aku nak tanya sikitlah. Cuba jelaskan sikit tentang identiti diri kau ni. Kadang aku curiga juga. Engkau ni betul ke MPV? Tapi apa pasal ada lima tempat duduk aja?

Matrix : Sebetulnya saya ni MIni MPV lah brader. Bila dah mini, syarat tiga barisan tempat duduk tu dah jatuh hukum sunat aja sebenarnya. Yang penting, praktikaliti sebuah MPV tu tetap ada dalam jiwa saya ini. Masih mampu nak mengusung peti ais mahupun mesin basuh tanpa masalah.

BK : Iya itu aku faham. tapi dengan saiz yang bagak macam ni, kan elok kalau buat enam tempat duduk. Ala, serupa Honda Edix tu.

Matrix : Entahlah brader. Di luar pengetahuan saya pula untuk menjawab. Sebabnya versi KDM pun serupa itu juga. Tapi rasanya saya boleh berbangga jugalah dengan pencapaian jualan saya di tempat kita ni.

BK : Hah, yang itu pun aku curiga juga. Tak faham betul aku. Rekaan kau ni kalau hendak diikutkan, boleh tahan ortodok juga.

Matrix : Jangan main-main brader. Saya ini direka oleh Pininfarina tau. Bab jualan tu, apa nak dihairankan. Bila dah pegang status warga tempatan tu, sudah tentulah harga saya lebih murah berbanding bila pakai lencana Hyundai ni. Cuma sedih sikitlah sebab pengganti saya dah tak nak pakai nama Matrix lagi. Hyundai nak pakai nama ix20 pula. Rekaannya pun dah canggih sikit. Cemburu juga di hati.

BK : Hm, tapi apa pasal model ix20 tu masuk sini?

Matrix : Saya syak ini semua berkaitan strategi perniagaan brader. Iyalah, tak ada gunanya juga bawa masuk sini tapi nak jual bukan main payah lagi.

BK : Iyalah kan. Karang nak payah nak jual kasihan pula Jurujual nanti. Tapi kan, aku rasa zaman sekarang ini orang tak minat dah jenis Mini MPV ni. Orang lebih minat Crossover lah aku rasa.

Matrix : Takpe. Takpe. Kasi chance la Crossover nak naik pula sekarang ni. Siapa tahu, lepas ni. Yang penting, pengeluar boleh untung sudahlah. Tak kisahlah jenis apa sekali pun kan.

 

 

 

Google ads

B K

Back to top button