Artikel Pilihan

ŠKODA FABIA R5 – JAGUHAN RALI 2018

Walau pun hanya beraksi dalam saingan kelas kedua dalam World Rally Championship (WRC), namun kejaguhan serta kehandalan yang dipamerkan oleh kereta lumba rali Skoda Fabia R5 ini bukanlah calang – calang. Pasukan Škoda Motorsport ini berjaya mempertahankan sekali lagi kejuaraan WRC 2 2018 yang mana dimenangi oleh gandingan Jan Kopecký dan Pavel Dresler.

BACA ; SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

BACA : 200 UNIT ŠKODA FABIA R5 TERJUAL KEPADA PELANGGAN SELURUH DUNIA

Menariknya, dalam saingan WRC 2 musim 2018, pasukan yang baharu sahaja berpindah ke Ibu Pejabat  di Mladá Boleslav ini berjaya memenangi 11 daripada 13 pusingan kalendar WRC 2. Kejayaan ini merupakan kali ketiga Sang Pemandu berjaya merangkul Kejuaraan WRC 2 bersama kereta Skoda Fabia R5 ini. Lebih meriangkan lagi apabila tiga pemandu teratas adalah milik pemandu pasukan mereka sendiri.

Dan berita yang meriangkan ini tidak terhenti begitu sahaja apabila, ini juga merupakan tahun keempat berturut – turut buat Skoda Motorport apabila menjuarai Kejuaraan WRC 2 Kategori Pembuat.

Dalam satu majlis yang diadakan di Prague, Skoda Motorsport telah meraihkan kejayaan yang gemilang ini buat keseluruhan pasukan termasuk pemandu dan juga krew. Hadir sama adalah penyandang juara WRC 2 musim lalu Pontus Tidemand/Jonas Andersson yang menduduki tempat kedua keseluruhan serta gandingan pelumba muda dari Finland, Kalle Rovanperä/ Jonne Halttunen di tempat ketiga.

Paling penting, kejayaan kereta rali Skoda Fabia R5 ini bukan sahaja setakat saingan WRC 2, malah meluputi kejuaraan saingan peringkat benua dan kebangsaan. Saingan Asia Pacific Rally Championship (APRC) misalannya turut mencipta kejayaan apabila gandingan Yuya Sumiyama / Takahiro Yasui daripada pasukan Cusco jelas menguasai saingan musim 2018. Kereta lain semua jadi ‘ayam’ sahaja dalam APRC kal ini. Macam bosan pun ada.

Dan bagi menghadapai saingan musim 2019, Skoda juga telah melancarkan generasi baharu Skoda Fabia R5 mereka. Kereta lumba rali ini bukanlah jenis facelift semata iya. Ianya telah dibina baharu menggunakan chasis yang baharu (berkongsi platform dengan Volkswagen Polo GTI R5). Dan sudah tentu ianya memerlukan proses homoglasi bagi setiap model baharu. Kena tunggu pertengahan tahun depan agaknya baru boleh dapat barangkali.

Kejuaraan yang dimenangi ŠKODA Motorsport 2018:

FIA World Rally Championship (WRC 2)

FIA WRC 2 Champions Driver/Co-driver: Jan Kopecký/Pavel Dresler (CZE/CZE)
FIA WRC 2 Team Championship: ŠKODA Motorsport

FIA Asia-Pacific Rally Championship (APRC)
Championship for Driver and Co-driver: Yuya Sumiyama/ Takahiro Yasui (JPN/JPN)
APRC Cup for Manufacturers: ŠKODA
APRC Teams Award: Team Cusco

FIA South American Rally Championship (CODASUR)
Championship for Driver/Co-driver: Gustavo Saba/Fernando Mussano (PRY/ARG)

FIA African Rally Championship (ARC)
Championship for Driver/Co-driver: Manvir Singh Baryan/Drew Sturrock (KEN/GB)
ARC Manufacturer Cup: ŠKODA

FIA European Rally Championship (ERC), U28 category
Championship for Driver/Co-driver: Nikolay Gryazin/Yaroslav Fedorov (RUS/RUS)

Kejuaraan Kebangsaan
Australia – Eli Evans/Ben Searcy (AUS/AUS)
Belgium – Kris Princen/Bram Eelbode (BEL/BEL)
Bulgaria – Miroslav Angelov/Nidialko Sivov (BGR/BGR)
Croatia – Krisztián Hideg/István Kerék (HRV/HRV)
Cyprus – Simos Galatariotis/Antonis Ioannou   (CYP/CYP)
Czech Republic – Jan Kopecký/Pavel Dresler (CZE/CZE)
Finland -Eerik Pietarinen/Juhana Raitanen (FIN/FIN)
France (Gravel) – Sylvain Michel (FRA)/Jerome Degout (FRA)
Lebanon – Roger Feghali/Joseph Matar (LBN/LBN)
Netherlands – Hermen Kobus/Erik de Wild (NLD/NLD)
Paraguay – Gustavo Saba/Fernando Mussano (PRY/ARG)
Poland – Grzegorz Grzyb/JakubVróbel (POL/POL)
Slowakia – Martin Koči/Radovan Mozner Jun. (SVK/SVK)
Spain (Gravel) – Xavier Pons/Diego Sanjuan (ESP/ESP)
Sweden – Martin Berglund/Joakim Gevert (SWE/SWE)
Switzerland – Ivan Ballinari/Paolo Pianca (CHE/CHE)
Turkey – Burak Cukurova/Vedat Bostanci (TUR/TUR)

 

Google ads

B K

Back to top button