Artikel Pilihan

SUBARU EDISI 60 TAHUN KINI DILANCARKAN DI JEPUN – TAPI YANG PELIKNYA IA BUKAN WRX

Subaru kini telah berusia 60 tahun dan untuk meraikannya, mereka telah menghasilkan model istimewa khas sebagai memperingati tarikh bersejarah itu. Selain daripada itu pelbagai kempen telah dirancang untuk memeriahkan sambutan.

Selain model kereta, Subaru turut melancarkan beberapa barangan seperti buku ulang tahun dan buku nota yang dihiasi dengan logo Subaru 360, kereta rekaan mereka yang pertama dan kecil molek.

Sayangnya model ulangtahun yang dikatakan bukannya sebuah model WRX yang menjadi idaman pengikut mereka di seluruh dunia. Sebaliknya Subaru memilih Impreza 1.6-liter sedan dan hatchback dengan spesifikasi paling rendah sebagai model edisi ulang tahun mereka. Entah apalah rasional di sebalik pemilihannya.

Bukan itu sahaja, kereta yang memang sudah serba sederhana ni pula langsung tidak mempunyai logo 60 tahun ataupun ciri-ciri khas lain yang membuatkannya lebih istimewa berbanding varian lain.

Varian edisi 60 tahun ini didatangkan dengan rim 16-inci, skirting sisi, kemasan krom pada fog light dan lampu signal LED yang diintegrasikan terus pada cermin sisi. Semua ciri ini sebenarnya merupakan ciri khas yang ada pada model Impreza 2.0 dengan spesifikasi lebih tinggi. Okeylah, ia nampak lebih cantik pada sebuah model Impreza paling murah.

BACA: PARAMOUNT NETWORK BAKAL TERBITKAN DOKUMENTARI I AM PAUL WALKER

Di bahagian dalaman pula ia dilengkapi dengan roda stereng kemasan kulit selain paparan meter berwarna perak, kemasan jahitan juga berwarna perak dan pedal-pedal aluminium. Bahagian tertentu papan pemuka diberikan kemasan piano black sebagai menambah elemen premium pada kereta ini.

Namun begitu kami terasa Subaru terlepas beberapa perkara di sini contohnya lencana khas 60 tahun. Malah Subaru Amerika Syarikat turut mempunyai model edisi khas untuk memperingati tarikh bersejarah ini dan model mereka dilengkapi dengan lencana edisi khas. Siapa yang tak nak benda yang akan menyebabkan kereta mereka kelihatan eksklusif kan? Kemon la brader paling-paling pun taruk la stiker ke grafik khas ke.

Edisi ulang tahun ke 60 ini akan mula dijual di Jepun pada bulan April ini. Adakah ia akan sampai ke Malaysia? Sama-sama kita tunggu walaupun sebenarnya Subaru spek rendah ni jarang sampai ke Malaysia.

Google ads
Back to top button