Artikel Pilihan

SUBARU IMPREZA GC8 WAGON WRX – SELAMBA AJA BAWA MAIN RALI

Minggu sudah Brader Karrager ada terlihatkan di suapan berita Facebook tentang iklan acah, sebuah wagon milik Subaru yang bakal dicat semula dengan menggunakan beberapa tanda pagar yang berunsurkan rali. Telahan Brader Karrager, kereta yang jarang ditemui ini bakal beraksi dalam saingan International Rally of Johor pada minggu hadapan.

BACA : SUBARU IMPREZA V-LIMITED 555!

BACA : KENALI MODEL-MODEL WAGON HEBAT YANG PERNAH DIHASILKAN – PRAKTIKALITI SUV DENGAN PRESTASI KERETA SPORTS (BUKAN SEMUA)

Maka, bermulalah risikan terhadap empunya jentera. Melihatkan warna yang telah dilayangkan memang boleh agak milik siapakah gerangannya. Terus sahaja Brader Karrager PM kepada Saudara Roduwan Rashid, selaku Prinsipal Pasukan One Motorsports untuk bertanyakan kesahihan.

Sah bahawa kereta Subaru Impreza Wagon WRX akan berada dalam naungan pasukan yang mempunyai jemaah pelumba yang terbesar dalam saingan MRC 2018 nanti. Cuma gerangan siapakah yang bakal menduduki kerusi bucket sambil memegang erat stereng Wagon yang mempunyai kuasa kuda 237 ini tidak dapat dimaklumkan kepada umum. Rahsia Brader Chepot ini harus Brader Karrager pegang. Eceh!

Bercerita tentang kereta ini, secara lahiriahnya Subaru Impreza Wagon WRX ini asalnya dibina penuh dengan kasih dan sayang bagi memenuhi ciri-ciri sebuah kereta lumba. Tak ada sangkar keselamatan sahaja Barangkali si suami menyedari kalau beli kereta sedan bangsa racing tu, mungkin kena marah pula sebab sudahlah dua pintu, bonet pun tak besar mana. Jadi pilihan yang sesuai, sudah tentulah kereta ini yang menjadi pilihan. Senang nak usung masuk stroller bagai. Untung bukan peminat kereta di zaman itu?

Brader Karrager syak bahawasanya Brader Chepot ini sememangnya jatuh cinta dengan dengan deruman boxer si EJ20G ini. Enjin yang bersesaran 2.0 liter ini, senang-senang sahaja menghasilkan kuasa kuda 237hp dengan tujahan maksimum 304 N-m.

Cumanya apabila untuk digunakan sebagai kereta lumba rali yang bakal melakukan beberapa terjunan bebas selain daripada meratah selekoh tajam di ladang kelapa sawit Tai Tak minggu hadapan, sudah tentulah ciri-ciri keselamatan harus dipertingkatkan. Sangkar keselamatan yang tersedia itu mampu melindungi sebarang kemungkinan yang dasyat sekiranya kereta terbabas dan merempuh batang pokok.

Oh ya, barangkali peminat tegar rali sememangnya mengetahui siapakah pemilik sebenar Wagon ini. Mungkinkah Saudara James Russell bakal mengemudi sendiri kereta ini? Apa kata kita ramai-ramai pakat turun Kota Tinggi minggu hadapan. Brader Karrrager memang tak dapat turun, sebab nak kena jaga anak-anak di rumah. Bini kena pergi kursus pula selama seminggu. Hmmmmm.

Kredit Foto : Shah Bandi

Google ads

B K

Back to top button