SYARIKAT ROKOK SANGAT DIPERLUKAN DALAM SUKAN MOTOR – A.S.A.P.

SHARE

SYARIKAT ROKOK SANGAT DIPERLUKAN DALAM SUKAN MOTOR – A.S.A.P.

Syarikat rokok memang dah lama dihalang dari terlibat dalam kejohanan sukan motor. Tapi kenapa ia diharamkan? Tentu sekali akibat faktor keselamatan dan ia akan menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik. Betul ke? Macam karut je, Pok Ya dulu hisap rokok sebab nak nampak cool bukan sebab iklan Lucky Strike dekat motor Kevin Schwantz. Tapi sebenarnya ada banyak sebab kenapa syarikat rokok harus dibenarkan kembali menaja pasukan perlumbaan bermotor. Mari kita tengok beberapa alasan yang munasabah.

  1. Bajet

Sepertimana sudah diketahui umum, syarikat pengeluar rokok ini sebenarnya tersangat-sangat kaya dan pelaburan mereka dalam sukan bermotor sudah tentu akan membawa pembangunan dan perkembangan teknologi. Bayangkan pasukan Formula Satu jika tiada syarikat rokok yang menaja mereka sebelum ini. Adakah mereka akan berkembang seperti sekarang.

Jika Gold Leaf dan John Player Special tidak menaja Lotus mungkin sehingga ini perkembangan aerodinamik kita tidak semaju sekarang. Dengan kata lain rokok juga ialah pemangkin kepada kemajuan sukan motor.

  1. Pemandu

Bajet yang besar akan membolehkan pasukan mendapat khidmat pemandu terbaik. Ingat kecil ke bajet nak bayar gaji pemandu sehebat Michael Schumacher? Pasukan yang berduit mampu menggajikan pemandu terbaik dan bukannya mengambil mana-mana pemandu yang mengetuk pintu pejabat mereka dengan menawarkan wang agar mengambil mereka dengan bermodalkan kebolehan untuk melanggar macam-macam objek sewaktu berlumba.

  1. Kemasan ataupun livery pada jentera perlumbaan

Masih ingat dengan jentera Marlboro McLaren dan Team Lotus JPS. Itu belum campur Rothmans Porsche dan Mild Seven Benetton. Sekali pandang ia terus mengingatkan anda kepada sukan bermotor tapi kini apa yang tinggal? Kemasan berlatarkan minuman tenaga dan banks. Bosan betul la.

  1. Gaya hidup

Merokok membahayakan kesihatan. Perlumbaan sukan motor juga membahayakan nyawa. Kan elok kalau keduanya digabungkan bersama. Macam mana tinggi tahap keselamatan diperkenalkan ia tetap tidak mengurangkan bahaya pada pemandu dan penunggang. Dan kalau anda perasan, semua pemandu dan penunggang professional ini sangat mementingkan kesihatan dan semestinya tidak merokok (macam Pak Amid dan Pok Ya la jugak, Abang Japar pun cuma layan vape perisa 2T sekali sekala).

Tentu sekali syarikat-syarikat rokok tidak akan kembali ke arena sukan motor. Ramai juga yang akan berkata ramai menonton yang akan terpengaruh dengan iklan rokok pada jentera perlumbaan dan akan mula merokok. Betul ke? Kami sendiri pun agak ragu-ragu sebenarnya. Tak percaya tanya kawan-kawan anda yang merokok macam mana mereka boleh mula merokok.

Tajaan dari syarikat rokok tidak bermakna ia akan mempengaruhi anda untuk segera merokok. Tuhan sudah memberikan kita otak untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk jadi pilihlah mana yang anda rasa betul. Jangan main pakai je hujah yang dikemukakan oleh golongan yang mengatakan iklan rokok akan menarik minat anda untuk merokok.

BACA: MASIHKAH ANDA INGAT DENGAN CAMEL TROPHY?

Tapi kalau anda mula merokok disebabkan melihat iklan syarikat rokok pada jentera Formula Satu Marlboro, rasanya itu memang pilihan yang anda sendiri buat. Pelekat yang ditampal pada jentera perlumbaan tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi anda pun sebenarnya. Bahkan tajaan syarikat rokok akan memberikan kuasa promosi yang lebih meluas dengan keupayaan kewangan mereka.

Masih ingat dengan acara bersaiz mega yang ditaja oleh syarikat rokok seperti Camel Trophy dan Marlboro Adventure Team? Ia sudah menjadi epik dan kini hanya tinggal sejarah. Muzik latarnya pun masih terngiang-ngiang di telinga kami sampai sekarang.

Tidak dapat disangkal lagi memang merokok membahayakan kesihatan dan kami pun bukannya nak promosikan kebaikan rokok. Cuma kami musykil walaupun dengan mengharamkan syarikat rokok dari menaja pasukan perlumbaan, golongan perokok tetap meningkat juga kan? Mana datangnya pengaruh tu?

Kredit Jalopnik.com

 

Share this post

scroll to top