Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA? JALANRAYA MEMANG TEMPAT BERLUMBA…

Kalau anda memandu setiap hari dan peka dengan keadaan sekeliling mesti setuju dengan satu perkara. Dalam 10 orang yang memegang stereng mungkin lapan saja yang benar-benar lulus ujian memandu. Dari 8 tadi mungkin 5 saja yang peka dengan keadaan sekeliling.

Pengetahuan dalam kursus seperti Advance Driving membantu kepekaan ini tapi dalam 5 yang memandu tadi mungkin 3 saja yang betul-betul cukup sifat semasa memandu. Memberi isyarat di tempat sepatutnya, memberi ruang masuk pada kenderaan, berhenti di luar petak kuning, peka dengan pemanduan di kawasan sekolah, taman permainan dan juga kelajuan munasabah di lebuhraya.

Kita pernah dikejutkan dengan insiden kematian 3 anak beranak yang menyayat hati lebuhraya Damansara-Ulu Kelang tak lama dahulu. Mangsa yang memandu kenderaan Mitsubishi Pajero Sport didakwa terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 3 buah Myvi (ada kata 6 entah yang mana betul). Lebih buat hati jadi sakit ialah kesemua Myvi yang didakwa dari Familia Myvi Club FMC tadi dilihat berlumba sebelum kemalangan berlaku.

Pedih ulu hati kan?

Kalau diikutkan emosi, elok dihukum gantung saja jenis kesalahan macam ni. Seronok yang tak sampai 5 minit tapi sengsara pada keluarga mangsa mungkin bertahan untuk 50 tahun lagi. Berlumba di jalanraya ni bukanlah fenomena baru, semua nak tunjuk belang, nak tunjuk terer. Saya pun tak pernah dengar pun kelab Familia Myvi Club FMC ni. Ingatkan kelab Mazda Familia.

MEMANDU DENGAN KEMAHIRAN YANG TAK CUKUP

Hari ini, jalanraya dipenuhi oleh senarai yang saya sebutkan tadi. Tidak cekap memandu tu satu perkara lah. Dan memandu dengan skill acah-acah Lewis Hamilton tu lebih bahaya.

Banyak orang fikir bila memandu dengan 4 tayar mereka boleh buat apa saja. Kalau tak percaya, cuba pandu tengah malam di Lebuhraya Persekutuan misalnya. Banyak sangat jenis yang memcut tanpa pedoman dan zig-zag tak tentu hala.

Masalahnya, yang memandu membabi buta ni bukannya Skyline GTR. Tapi kereta pekak yang esoknya mak nak bawak pergi pasar.

BAWA KAPALTERBANG LEBIH SELAMAT

Saya teringat lagi temuramah juruterbang pesawat Jetblue yang berjaya mendaratkan pesawat dalam keadaan gear pendaratan yang rosak.

Dengan yakin beliau jawap, kalau dibandingkan dengan menerbangkan pesawat dan memandu di jalanraya, dia lebih yakin di udara.

Katanya, di udara, keyakinannya adalah berdasarkan semua yang memandu pesawat adalah lulusan profesional sedangkan di jalanraya, sesiapa pun boleh jadi pembunuh.

Ia mungkin pelajar sekolah yang baru dapat lesen. Pemandu mabuk yang langsung hilang pertimbangan memandu dan acah-acah pelumba Formula satu tengah praktis atas highway.

SEBAB BELI KERETA MACAM BELI KARIPAP – MUDAH 

Sekarang kalau nak memandu memang kena ultra berhati-hati sebab dengan kemudahan membeli kereta dek pinjaman yang panjang, ramai yang membeli waktu belum bersedia.

Saya percaya, kalau ada yang sukarela nak buat statistik, kita boleh tengok pemilikan kereta awal kereta mungkin Malaysia menang.

Cuba tengok di Singapura sebagai contoh. Level juruteknik pun belum tentu pakai kereta. Lebih murah gunakan MRT atau motosikal.

Pinjaman di sana ketat dan tidak murah langsung pun dengan beban COE, cukai jalan bagai. Itu negara Maju tu.

Cuba banding dengan Malaysia, sesiapa pun boleh beli kereta sebab mudah. Full loan pun boleh, tak ada payslip pun boleh.

BINA TREK KECIL UNTUK BELUMBA

Saya juga selalu bercakap mengenai trek-trek kecil yang memudahkan anak muda berlumba dengan teratur. Kita bukan minta buat 10 litar F1 pun. Cukuplah sekadar litar ringkas macam Dato’ Sagor di setiap negeri. Yang penting ialah fasiliti asas yang diselenggara dengan baik dan pengurusan yang teratur. Dan janganlah pula buat cantik nanti yuran nak masuk harga iblis. Pergi balik pun sama juga lah kan.

Belajar dari litar batu 3. Zaman kegemilangan street racer. Lokasi dah terbaik dah pun. Dapat ke menteri tolol ditukar jadi kawasan perumahan.

Nasib baik Litar Pasir Gudang tu Kat Johor, tempat di mana Sultan dengar apa kehendak rakyatnya. Kalau kat negeri lain mungkin dah jadi kolam memancing agaknya.

 

 

Google ads
Back to top button