TAS 2018: INI MUNGKIN KAWASAN LETAK KERETA YANG PALING HEBAT DI DUNIA

SHARE

Hampir setiap tahun sejak 2001, saya akan ke sini, Tokyo Auto Salon melawat pameran aftermarket terbesar di dunia. Pada ketika penggunaan internet belum berkembang pesat, pada ketika papantanda keretapi masih tiada dalam Bahasa Inggeris dan komunikasi warga Jepun dengan warga asing macam ayam dengan itik.

Ketika di Tokyo Auto Salon, salah satu tempat yang menarik ialah kawasan letak kereta itu sendiri. Ia seluas mata memandang. Seingat saya, kawasan ini meliputi dari penghujung dewan timur hingga ke kawasan tepi laut Chiba yang ditambak. Pernah sekali, kami sampai lewat, memandu dari daerah Fuchu, tiba kira-kira jam 11 pagi dan terpaksa parking sejauh hampir dua kilometer.

Apa istimewanya kawasan parking ni?

Kerana ia adalah “pameran tak rasmi” yang menampilkan kereta-kereta pengunjung yang hadir ke sini. Seperti yang dapat anda lihat pada galeri di bawah, peminat kereta di Jepun terdiri dari pelbagai latarbelakang berbeza. 

Ada kereta mewah yang dimodifikasi seperti Bentley dan di sebelahnya ada sebuah Kancil (Daihatsu L512) yang ditala untuk trek (dengan rollcage dan juga ekzos perang.

GALERI

 

(Visited 1 times, 1,679 visits today)

Share this post

scroll to top