TEKNOLOGI KENDERAAN MASA HADAPAN OLEH BOSCH

SHARE

Kemampuan untuk berhubung telah menjadikan sebuah kereta sebagai tempat ketiga penting dalam kehidupan selain rumah dan pejabat.

Teknologi sensor yang dihasilkan Bosch telah membolehkan kita berhubung dan memudahkan kehidupan seharian dan digunakan dalam sebahagian besar peralatan elektronik yang kita guna sehari-hari seperti tablet, telefon pintar, peralatan elektrik rumah dan banyak lagi.

BACA: PENGELAP CERMIN BOSCH CLEAR ADVANTAGE

Baru-baru ini, Bosch telah memperkenalkan penyelesaian pintar mereka di Mobile World Conggress 2017 di Barcelona, Sepanyol. Teknologi baharu itu ialah khusus untuk berfungsi sebagai penyelesaian inovatif kepada teknologi sensor dan juga perhubungan dalam dunia pengangkutan. Ia bakal menjadikan kehidupan lebih mudah, selesa dan selamat.

KERETA SEBAGAI RUMAH KETIGA

Selain rumah dan pejabat, capaian internet telah menjadikan kereta anda sebagai rumah ketiga. Ya. Tanya saja siapa yang boleh hidup tanpa internet sekarang?

Dengan bantuan sistem komunikasi antara kereta dan pemandu, teknologi yang semakin maju dan berprestasi tinggi selain servis yang komprehensif akan membolehkan ia dioperasikan dengan selamat pada masa hadapan.

Dalam beberapa tahun akan datang, kenderaan akan mampu berhubung dengan kereta-kereta lain begitu juga dengan rumah pintar pada masa hadapan. Ia juga boleh diibaratkan sebagai pembantu peribadi dan bukan hanya sebuah kereta.

Sistem pemanduan automatik sepenuhnya akan memberikan lebih masa kepada pemandu untuk membuat perkara lain yang lebih penting.

Contohnya pemandu dan penumpang boleh menggunakan masa terluang seperti menulis e-mel ataupun menghiburkan diri dengan alunan muzik dan juga menonton video.

Bosch turut menonjolkan sebuah model konsep yang memberi idea tentang kehidupan yang menjadi semakin mudah pada masa hadapan. Bosch Forward Showcar menggabungkan pelbagai teknologi inovatif antaranya ialah Driver Monitoring Camera yang akan mengenal pasti identiti pemandu sebaik sahaja beliau memasuki kenderaan.

Ia akan melaraskan tempat duduk, cermin pandang belakang, penyaman udara dan stesen radio mengikut tetapan peribadi pemandu. Mirror Cam System pula ialah penyelesaian menggunakan kamera bagi menggantikan cermin sisi di bahagian luar. Kini imej bahagian luar ditunjukkan pada unit paparan yang diletakkan berhampiran tiang-A kiri dan kanan.

BACA: CHEVRON-BOSCH BUKA BENGKEL PERTAMA

 

(Visited 191 times, 9 visits today)

Share this post

scroll to top