TEMPAT KERJA IMPIAN SEMUA ORANG, STUDIO GRAN TURISMO – POLYPHONY DIGITAL

SHARE

Apakah kerjaya idaman anda? Adakah karier anda sekarang sama seperti anda impikan sejak dari darjah satuuu uu uuu (baca ala Mark Adam)?

Bagaimana pula dengan suasana tempat kerja ataupun pejabat? Puas hati ataupun hari-hari cari alasan nak mintak MC?

Biasa la tu. Mana ada kerja yang sentiasa seronok, mana seronok kalau tak ada cabaran dalam karier.

BACA: 10 GAME KERETA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Okey di sini kami nak kongsikan tempat kerja paling best atas dunia ni (pada pendapat kami la). Ia merupakan studio Polyphony Digital yang bertanggungjawab menghasilkan permainan video perlumbaan kereta terbaik di atas muka bumi, Gran Turismo.

Studio ini diwujudkan pada tahun 1997, tahun yang sama Polyphony Digital ditubuhkan untuk memajukan permainan Gran Turismo.

Video ini memaparkan suasana dalaman studio syarikat ini cukup jelas dan bagaimana mereka berkerja sehari-hari dalam menghasilkan permainan video terbaik.

Video ini dihoskan sendiri oleh Kazunori Yamauchi yang menerangkan dengan jelas misi dan visi syarikat beliau yang mahu menghasilkan satu produk yang sempurna dan menakjubkan untuk pasaran global.

Malah pada peringkat awal video, kita dapat saksikan betapa dengan selambanya bos syarikat ini sedang bermain permainan terbaru keluaran mereka dengan sangat santai di pejabat lengkap dengan skrin besar dan sistem bunyi yang gempak.

Beliau mengimbas kenangan betapa mereka begitu teruja untuk mengeluarkan versi terbaru yang dinamakan Gran Turismo Sport. Perasaan itu juga sama dirasakan mereka sewaktu Gran Turismo asal mula diperkenalkan untuk platform Playstation pertama 20 tahun dahulu.

Bayangkan berkerja di sebuah studio yang bagaikan perpustakaan universiti anda dahulu yang lengkap dengan segala kemudahan dan peralatan termaju. Masa kami belajar dahulu paling canggih pun ada mesin taip elektrik. Tu pun berebut kawan-kawan pinjam.

Paling best studio ini ada bahagian yang dinamakan Play Area lengkap dengan 20 set Playstation (PS) untuk membolehkan 20 pekerja ataupun pelawat bermain serentak secara online. Siap dengan kita pemanduan sekali tau.

Bukannya main dengan controller standard PS. Tak boleh bayang ada bos macam ni. Dulu masa Abang kerja wartawan majalah, main game solitaire kejap pun dah kena sound dengan boss.

BACA: PLAYSTATION UNTUK TELEFON PINTAR

Terdapat juga bahagian khusus untuk pereka landskap. Merekalah yang akan menghasilkan lanskap yang cukup menarik dapat anda saksikan dalam setiap siri Gran Turismo.

Polyphony Digital mempunyai hampir 200 orang kakitangan yang cukup mahir dalam bidang masing-masing. Setiap satu dengan kemahiran individu yang sukar dicari ganti.

Selain daripada itu terdapat juga bahan rujukan seperti model-model kereta dan alat-alat khusus untuk panduan rekabentuk. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai trofi dan anugerah yang telah dimenangi oleh mereka di peringkat antarabangsa.

Harap-harap satu hari mungkin kami pun akan ada studio macam ni. Kalau tak dapat pun seratus peratus pun mungkin 10 peratus ala studio mereka dah kira okey.

 

(Visited 699 times, 699 visits today)

Share this post

scroll to top