TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA PROTON TIARA

SHARE

AMARAN: Artikel ini berat. Ianya mungkin mengandungi sedikit unsur tahyul tapi masih lagi di dalam landasan menuju jalan yang benar. Bimbingan orang dewasa mungkin diperlukan sewaktu membaca temubual ini.

BACA : HAI SUZUKI CELERIO, ADAKAH INI MODEL PROTON AKAN DATANG?

BACA : SERVIS AMBIL DAN HANTAR PELANGGAN PROTON

Brader : Salam Tiara. Apa khabar kau hari ini? Tengok macam tengah down aja.

Tiara : Salam Brader. Hmm, downlah juga rasanya. Zaman sekarang ini masyarakat semakin melupakan saya. Sayu juga rasa di hati ni.

Brader : Ok ok. Cuba kau ceritakan sikit apa yang membelenggu fikiran kau di kala ini sebenarnya?

Tiara : Tak ada apalah sangat Brader, cuma lately ni saya rasa semakin disisihkan. Kereta sezaman dengan saya macam Kancil pun orang masih dok cari lagi dalam Mudah. Saya ni? Hmmmmm.

Brader : Nasiblah. Siapa suruh kau jadi Tiara ni sebenarnya? Cuba kau ceritakan sikit tentang asal usul kau ni.

Tiara : Saya tak pinta pun bang jadi Tiara ni. Saya lebih rela menjadi Citroen AX, kembar saya yang dilahirkan di Perancis sana. Tapi itulah, waktu tu Proton tiba-tiba nak bekerjasama dengan Citroen bagi nak mendapat akses teknologi diesel katanya. Maka, saya pun selamat dilahirkan di bumi bertuah ini sebagai Proton Tiara.

Brader : Gaya kau cakap ni macam menyesal pun ada. Aku tengok kembar kau si AX tu bukan main handal lagi jual serata dunia. Siap ada model AX GT lagi.

Tiara : Kalau nak diikutkan, saya ni tak adalah teruk sangat Brader. Mana nak dapat kereta model baharu zaman tu lengkap dengan power window depan belakang? Hah? Hah? Tambahan pula saya menggunakan nadi enjin 1.1 liter, dengan berat badan saya yang ringan ini setakat nak lari 100 meter Insya Allah rekod Sukan SEA dalam tanganlah Brader.

Brader : Amboi, bukan main bongkak lagi kau ni ya bila berhujah. Tapi apahal kau punya rim sukan ada 3 lubang je? Pergi cari sampai ke Klang pun belum tentu nak jumpa rim jenis 3 lubang ni tahu tak?

Tiara : Ala Brader. Hal kecil janganlah ungkit Brader. Rasanya itu boleh dimaafkan lagi kalau nak dibandingkan dengan kesedapan handling kereta konti macam saya ni kan? Kan?

Brader : Sedap memanglah sedap. Tapi apahal pula kalau kau ni asyik rosak aja. Kecaman tentang kau kalau Google boleh nangis baca nanti tahu tak?

Tiara : Tapi itulah. Bila masuk bab maintenance saya terpaksa akur. Saya sedar kekurangan diri ini. Ada sebahagian part saya ini barangkali tidak sesuai dengan iklim Malaysia. Mudah rosak orang kata. Tapi masih ada juga golongan anak muda yang memilih untuk memulihara saya dengan menggantikan beberapa komponen utama dari Jepun misalannya.

Brader : Hah, terlanjur sebut pasal Iklim ni, kau kenal tak Saleem Iklim?

Tiara : Hah, apa gila tak kenal. Pujaan saya tu dari dulu. Tuan saya dulu minat juga. Ada juga saya curi-curi pasang dengar dalam kereta ni. Tapi apahal pula dia gaduh dengan anak dia itu hari Brader?

Brader : Haih! Macam mana kau tau perkembangan artis tanahair ni?

Tiara : Ala, saya pun macam Brader juga. Ada masa, saya pun layan juga Beautifulnara sama OhBulan tu.

Brader : Dah! Dah! Malas aku nak layan kau dah.

(Visited 11,242 times, 5,860 visits today)

Share this post

scroll to top