TIDAK AKAN ADA M-SERIES DENGAN ENJIN DISEL – BMW

SHARE

Kereta-kereta M-Series daripada BMW memang diakui sebagai kereta-kereta berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri khusus yang dibangunkan oleh Divison M BMW. Banyak syarat yang mesti dipatuhi dalam membangunkan model-model M ini dan satu daripada syaratnya ialah tidak boleh menggunakan enjin berkuasa disel.

Perancangan menggunakan disel pada kereta-kereta M-Series tidak pernah ada walaupun teknologi disel kini diakui memberikan prestasi yang lebih baik dan menggunakan bahan bakar yang lebih ekonomik. Kalau ikut logik pun kalau dah mampu pakai M5 takkan nak berkira pasal minyak yang naik 7 sen seminggu kan?

BACA: BMW MAHU HAPUSKAN TERUS KUNCI KERETA TRADISIONAL

Salah satu sebab yang diberikan oleh BMW ialah sehingga kini tidak ada satu pun siri penggunaan di dunia yang dikhaskan untuk kereta-kereta yang menggunakan enjin disel. Oleh itu BMW merasakan jika mereka melakukan R&D dan pembangunan enjin disel secara menyeluruh sekalipun ia akan menjadi sia-sia.

Dirk Hacker, Timbalan Presiden Division M BMW berkata, kereta-kereta M mesti mempunyai pesaing yang benar-benar kuat dan tidak ada perlumbaan khusus untuk kereta berenjin disel untuk mengujinya buat masa sekarang. Justeru itu tidak ada satu pun perbincangan berkenaan dengan pembangunan dan potensi enjin disel untuk model-model M.

BACA: BMW PERKENALKAN M3 CS – VARIAN M3 PALING GANAS

Namun walaupun disel tidak mungkin ada dalam perancangan Division M buat masa sekarang, BMW tidak menolak bahkan lebih terbuka dalam mengadaptasi teknologi hibrid ke model-model M mereka. Bahkan mereka sudah pun memulakan langkah ke arah itu.

Hacker turut mengakui yang penggunaan enjin hibrid dengan motor elektrik merupakan sesuatu yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Kalau kereta-kereta F1 pun sudah mengadaptasi penggunaan teknologi hibrid, kenapa tidak BMW.

(Visited 444 times, 159 visits today)

Share this post

scroll to top