Artikel Pilihan

TOYOTA – BAGAIMANA JENAMA TERBESAR DI DUNIA TEWAS DI CHINA

Syarikat pengeluar kenderaan terbesar dunia sepatutnya lebih dari mampu untuk menguasai pasaran kereta terbesar dunia. Namun sebaliknya berlaku bila Toyota telah gagal untuk menguasainya di China. 

Berdasarkan laporan sebelum ini, Toyota menguasai kedudukan pasaran di belakang Volkswagen AG yang sentiasa dominan pada tahun 2015. Sejak dari itu pencapaian mereka tidak banyak berubah walaupun pesaing sentiasa meningkatkan pasaran mereka.

Disember lepas walaupun ketika Hyundai masih dalam tempoh memulihkan pasaran selepas boikot tidak rasmi akibat ketegangan hubungan Korea Utara dan China, prestasi Toyota jatuh hampir 8 kedudukan di tangga ke sepuluh.

Apakah puncanya?

Antara sebabnya ialah barisan model Toyota yang ditawarkan di China tidak kompetitif. Antara kategori yang menjadi penyumbang terbesar pasaran pada tahun lalu ialah sub-kompak SUV yang menyaksikan kegagalan Toyota meletakkan calon dalam kategori tersebut.

Ia merupakan kategori unik di mana pengguna mahukan sebuah kenderaan ala Land Cruiser tetapi mengambil ruang pakir yang tidak jauh beza dari sebuah Corolla biasa.

Hanya pada tahun ini barulah Toyota melancarkan C-HR untuk bersaing dengan Honda X-RV dan Geely Emgrand X7 yang dikatakan mampu membantu melonjakkan kedudukan Toyota ke posisi yang lebih baik. Pun begitu ia dikatakan agak terlambat untuk menyertai permainan dengan pengeluar-pengeluar lain.

Selain daripada itu Toyota juga mempunyai kekurangan dari segi keupayaan pengeluaran.

Sasaran untuk menjual 1.4 juta unit kenderaan di China pada 2018 boleh dikatakan agak mustahil jika barisan pengeluaran sediada tidak dinaiktaraf. Dengan jumlah itu sekalipun, Toyota dikatakan masih lagi berada di belakang VW, Honda mahupun Geely. Malah General Motor sendiri menaikkan sasaran kepada 4 juta unit kenderaan (jika dikira semua jenama yang berada di bawah payung mereka).

Ramai berpendapat sebagai syarikat yang mampu menyaingi Ford Motor Co di Amerika Syarikat untuk kedudukan tempat kedua masih mempunyai peluang cerah untuk menguasai pasaran China. Tambahan pula China kini sedang giat dalam membangunkan kenderaan elektrik di negara mereka. Malah Toyota turut berada di kedudukan terbaik di belakang BMW AG dan Daimler AG.

BACA: KIA CEED 2018 – TAWAR 5 PILIHAN ENJIN UNTUK PASARAN EROPAH

Toyota sendiri sebenarnya masih lagi mempunyai kekuatan di China yang tidak disedari dan dieksploitasi khususnya dalam segmen kereta hibrid plug-in yang menggunakan bateri sepenuhnya dan bukannya enjin pembakaran dalaman. Ia juga merupakan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan di sana dan merupakan peluang terbaik untuk Toyota menguasai pasaran.

Logiknya tidak ada satu pun syarikat yang mahu melepaskan peluang menguasai pasaran kereta terbesar dunia. Satu cara ke arah itu ialah dengan mencari rakan kongsi tempatan seperti FAW Car Co ataupun Guangzhou Automobile Group Co.

Dengan Geely giat mengembangkan sayap mereka, Nissan Motor Co turut berhasrat melabur sebanyak 1 trilion yen di China khususnya dalam pasaran kereta elektrik. Bukan itu sahaja, Kia dan Hyundi turut menaikkan sasaran jualan selepas bangkit dari peristiwa hitam 2017.

Kesabaran mungkin membawa kemenangan tetapi mana boleh merebut petak pertama perlumbaan dengan pemanduan penuh berhemah dan bersopan santun. Perniagaan itu sendiri bagaikan perlumbaan sebenar di mana semua syarikat perlu bersaing antara satu sama lain.

Artikel ini diolah semula daripada tulisan David Fickling 

Kredit kepada David Fickling  [email protected]

Artikel penuh: https://www.bloomberg.com/gadfly/articles/2018-02-06/toyota-s-china-crisis-is-misfire-in-biggest-auto-market

Google ads
Back to top button