TOYOTA TUNDRA TRD VS TOYOTA SEQUOIA TRD

SHARE

Nama kedua-kedua model Toyota ini barangkali terlalu asing buat kita. Walau pun berjenamakan Jepun, namun kedua model ini sebenarnya dibuat di bekas negara musuh utama Jepun suatu ketika dahulu, Amerika Syarikat. Model pikap bersaiz penuh dan SUV bersaiz penuh ini sememangnya dikhususkan untuk pasaran Uncle Sam.

BACA : TRAK PIKAP LIMO TOYOTA TUNDRASINE

BACA : 1.6 JUTA KM DALAM 9 TAHUN – TOYOTA HADIAHKAN LELAKI INI KERETA BARU

Umum mengetahui, pasaran kenderaan di Amerika Syarikat sememangnya menggilai serba-serbi bersaiz besar. Baik dari segi enjin mahu pun saiz kenderaan. Kalau setakat letak Hilux, buat kena gelak ajalah dengan Clerk Kent. Di Amerika sana, Toyota telah memperkenalkan, dua buah model bersaudara, Toyota Tundra TRD Sport dan juga Toyota Sequoia TRD Sport.

Toyota Tundra TRD

Secara asasnya, pikap trak yang dipasangkan di Texas ini dijanakan oleh 5.7-liter i-Force V8. Dengan kuasa kudanya 381 hp, ianya cukup-cukup bertenaga dan berkuasa untuk mengusung muatan jagung dari ladang di Smallville untuk di bawa ke bandar.

Bagi memantapkan lagi pemanduan, versi TRD Sport ini turut didatangkan dengan penyerap hentak Bilstein TRD dan juga bar anti bergoyang TRD di bahagian hadapan dan belakang. Tak adalah rasa nak membuang sangat bila meredah rakus ladang jagung tu kan.

Manakala padangan rim sukan bersaiz 20 inci sebenarnya masih lagi kelihatan kerdil jika dibandingkan dengan saiz Tundra ini. Tapi kira memadailah. Mesh grill yang senada dengan warna badan pula berjaya memberikan sedikit perbezaan antara versi TRD Sport dan juga biasa-biasa.

Selain itu, kemasan dalaman, ianya turut dilengkapi dengan perkakasan TRD seperti knob gear dan juga pelaik lantai. Aspek keselamatan standard Toyota Safety Sense (TSS-P) turut dilengkapi selain daripada Pre-Collision System with Pedestrian Detection (PCS w/PD), Lane Departure Alert (LDA), Auto High Beams (AHB) dan juga Dynamic Radar Cruise Control (DRCC).

Toyota Sequoia TRD Sport

Nama Toyota Sequoia ini pasti lebih asing di pendengaran kita. SUV bersaiz penuh ini cukup digemari oleh golongan berkeluarga di sana. Baik untuk membawa ahli keluarga mahupun membawa haiwan peliharaan di bahagian belakang. Jentera besar ini menggunakan nadi yang sama seperti Tundra TRD, 5.7-liter i-Force V8.

Manakala ciri-ciri keselamatannya pula sama seperti milik Toyota Tundra. Tidak lebih dan tidak pula kurang. Cumanya sebagai sebuah SUV berkapasiti tujuh tempat duduk, pilihan tempat duduk kapten di barisan kedua turut ditawarkan untuk lebih gaya ekslusif.

SUV bersaiz penuh ini kebiasaannya banyak dipandu oleh golongan suri rumah bagi menghantar / menjemput anak-anak ke sekolah atau pun buat berjalan ke Taman Negara pada cuti musim panas. Harga bagi di Amerika Syarikat bermula pada USD 51,015 (RM207,192.00) untuk Toyota Sequoia TRD dan USD 47080 (RM191,210) untuk Toyota Tundra TRD.

Share this post

scroll to top