TOYOTA WISH & HONDA STREAM – LAGENDA MPV YANG TELAH BERAKHIR

SHARE

Apabila bersembang bab MPV kompak terutamanya dari Jepun, kita sememangnya tidak dapat lari daripada dua model yang pernah beraja di jalanraya kita, Toyota Wish dan juga Honda Stream. Jadinya antara kedua model ini, yang mana satukah menaiki tahta terlebih dahulu?

BACA : HONDA JADE RS FACELIFT DIPERKENALKAN DI JEPUN – GUNA KOTAK GEAR DCT

BACA : PANDU UJI : TOYOTA SIENTA, MPV GAYA HIDUP MODEN

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Pada tahun 2000, Honda terlebih dahulu memperkenalkan model Stream generasi pertama. Ianya menggunakan acuan daripada model Civic, tetapi telah dipanjang 100mm bagi menampung tempat duduk barisan ketiga. Rekaanya ketika itu dianggap cukup sporty apabila menampilkan paras rupa sebuah kereta / wagon tetapi cukup praktikal untuk membawa tujuh penumpang. Cuma bab bagasi tu kena kompromi sikitlah kan.

Ketika itu Stream turut ditawarkan dengan pilihan enjin D17 1.7 liter dan juga K20A 2.0 liter yang khusus bagi mereka yang jiwanya penuh dengan kelajuan. Tapi mentekedarah minyak boleh tahan juga. Pada tahun 2003, model Stream Absolute diperkenalkan dengan enjin K20B, yang mana penggunaaan bahan bakarnya jauh lebih cemerlang, apatah lagi ianya turut dilengkapi dengan CVT.

Menyedari segmen MPV kompak yang mendapat permintaan, Toyota pula mengutuskan Wish generasi pertama pada tahun 2003 bagi mencabar. Wish kala itu menawarkan pilihan enjin 1ZZ-FE 1.8 liter dan 1AZ-FSE 2.0 liter.

Menariknya, melalui strategi yang betul, Toyota Wish ini berjaya menewaskan Honda Stream di Jepun. Dan populariti Wish ini menembusi benua Asia Tenggara terutamanya di Thailand, Malaysia dan juga Singapura.

Honda tidak menunggu lama untuk melawan kembali apabila memperkenalkan Stream generasi kedua pada tahun 2006. Dan varian tertinggi, RSZ mendapat sambutan yang boleh tahan juga terutamanya di benua Asia Tenggara. Jelas sekali, pasaran benua kita ini lubuk bagi MPV kompak sebegini.

Kali ini, Honda mempertaruhkan enjin R18A (1.8 liter) dan juga R20A (2.0 liter) untuk disumbat ke dalam ruangan enjin Stream. Bila dah dilengkapi dengan VTEC, sudah tentulah kuasa pecutannya lagi sedap berbanding pesaingnya. Tapi kena kompromi sikitlah dengan abam baiya petrol pam.

Kemudiannya, giliran Toyota pula memperkenalkan generasi kedua Wish pada tahun 2009. Dan bagi peminat Toyota yang lebih gemarkan faktor penjimatan bahan bakar berbanding jenama Honda, maka Wish ini adalah jawapan sebenar kepada Stream.

Pilihan enjin Dual VVT-I 2ZR-FAE (1.8 liter) dan 3ZR-FAE (2.0 liter) jelas mampu menjadi daya penarik kepada pembeli walau pun ianya dibeli melalui grey importer. Jenis hati cekal.

Kalau nak ikut gila, memang gila juga sebenarnya pembeli di Malaysia ni. Sudahlah radio pun spesifiaksi JDM. Siaran pun terhad sahaja. Nak pakai GPS pun pening sebab peta Jepun. Jenuh GPS dia nak cari jalan pulang.

Tapi itulah, kini kedua – dua model sudah tiada lagi generasi berikutnya. Masing – masing dah beralih kepada model lain sebagai pengganti. Kalau nak beli di pasaran terpakai pun boleh sangat dah ni. Harga pun dah jatuh kategori mampu beli.

Share this post

scroll to top