Artikel Pilihan

VAZIRANI SHUL – HYPERCAR PERTAMA INDIA, VANAKKAM

Walaupun pengeluaran model-model eksotik dikuasai oleh pengeluar tersohor seperti Ferrari, Lamborghini, Bugatti, Koenigsegg, McLaren dan pelbagai lagi syarikat yang muncul, ia bukannya satu halangan untuk sebuah lagi syarikat baru memperkenalkan sebuah lagi kereta ultra laju.

Minggu menang meriah dengan hypercar yang baru diperkenalkan antaranya ialah Alieno Arcanum dari Bulgaria dan terbaru ialah Vazirani dari India.

Vazirani merupakan syarikat yang diasaskan oleh Chunky Vazirani, seorang pereka berpengalaman yang pernah berkhidmat dengan Rolls-Royce dan Jaguar Land Rover. Beliau yang merupakan graduan California Art Center bakal memperkenalkan projek pertama beliau yang dinamakan Shul pada Goodwood Festival of Speed minggu ini.

Jika anda rasa kenderaan dari negara Bollywood ini tidak akan mempunyai aura seperti model keluaran Eropah anda memang kena berfikir dua kali kerana kereta ini direka oleh Kazunori Yamauchi, manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan siri permainan Gran Turismo kepada dunia. Model konsep sebenar bakal menyusul dan apa yang boleh kami katakan ialah ia memang mempunyai aura sebuah hypercar sebenar.

BACA: ALIENO ARCANUM ADALAH HYPERCAR TERBARU DENGAN 5221 HP KUASA – BANYAK EKOR BETUL KUDANYA

Vazirani Shul mempunyai garisan-garisan bersudut tajam pada luaran badan dengan ruang kemasukan udara yang besar. Material yang ringan bakal digunakan dalam pembuatannya termasuklah penggunaan gentian karbon yang meluas.

Hypercar India ini akan menggunakan beberapa buah motor elektrik yang kemudian bakal dibantu oleh turbin bersaiz mini untuk menambah jarak pemanduan. Walaupun spesifikasi penuh belum diperolehi ia dikatakan bakal menjadi topik hangat dalam industri.

Penambahan turbin yang merupakan sesuatu yang baru dalam teknologi hypercar generasi baru ini akan memberikan sensasi pemanduan yang lebih hebat. Kita tunggu sahaja hasilnya nanti.

Google ads
Back to top button