Buletin

CITROEN DS WILD RUBIS

Sempena pameran Shanghai Motor Show hujung bulan ini, Citroën nampaknya sudah bersedia untuk mempamerkan buat pertama kali model DS Wild Rubis. Ini merupakan model konsep yang unik dan menarik perhatian yang menjadi hala tju kepada varian DS SUV.

Jentera tersebut bakal menambah varian DS yang kini terdiri daripada model DS3, DS4, DS5 dan Numéro 9 concept.

Menggabungkan penampilan berkuasa sebuah SUV dengan nilai terbaik rangkaian DS, DS Wild Rubis memiliki tapak roda sepanjang 2.9 meter dan menggunakan rim bersiaz 21 inci. Penampilan ini mengekspresikan kuasa dan kekuatan.

5002

Bahagian hadapannya menggunakan identiti yang diambil daripada model Numéro 9 concept. Wajahnya kian menyerlah menerusi gril radiator tiga dimensi dan logoDS di tengah-tengahnya.

DS Wild Rubis dikatakan memiliki sifat liar, memberontak tetapi pada masa yang sama halus dan sofistikated. Direka untuk dijana oleh teknologi hibrid sepenuhnya dan plug-in, maka ia pastinya sarat dengan inovasi tercanggih Citroën.

[hr] 

Galeri

499950045003

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button