Buletin

CIVIC COUPE 2016

Selepas kemunculan Honda Civic 2016 baru-baru ini, kini tiba giliran versi coupe. Honda Civic Coupe 2016 melakukan debut pada acara LA Auto Show 2015.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (4)

Rekaan Honda Civic Coupe 2016 adalah hasil modifikasi Civic generasi ke-10.

Pereka Honda, Guy Melville-Brown menyatakan bahawa bahagian depan sedan dan coupe adalah sama. Namun reka bentuk selepas tiang-A telah disemak semula. Bahagian bumbung coupe seinci lebih rendah berbanding sedan. Secara keseluruhannya, coupe adalah 5.5 inci lebih rendah.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (6)

Secara dimensi  jarak roda coupe lebih panjang 2.9 inci, lebar 1.9 inci dan overhang depan lebih pendek 1.4 inci. Kelihatan penampilan Civic Coupe 2016 lebih tegap dan sporty.

Rekaan pintu yang panjang memudahkan operasi masuk ke kerusi belakang.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (1)

Biarpun bumbung belakangnya rendah, tempat duduk belakang dilihat agak selesa. Ruang kepala yang mencukupi diperoleh menerusi posisi duduk yang lebih rendah di dalam kabin.

Selain itu, ruang kabin meningkat sebanyak 238 liter. Manakala ruang kaki bertambah lebih 5 inci berbanding versi coupe sebelumnya.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (7)

Honda menggunakan material berkualiti tinggi dan sentuhan kontras untuk bahagian kokpit jentera ini. Pada papan pemuka, terletak sebuah skrin sentuh berasiz tujuh inci baharu yang berasaskan kepada Android OS. Sistem hiburan berkenaan juga boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Dari segi mekanikal, Civic Coupe 2016 ditawarkan dengan dua pilihan enjin.  Pilihan pertama ialah 2.0L DOHC i-VTEC. Ia mampu menghasilkan tenaga 158hp iaitu tambahan kuasa 15hp berbanding Civic 1.8L. Hantaran kuasa dibantu oleh transmisi manual enam kelajuan atau CVT.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (3)

Pilihan kedua ialah enjin 1.5L DOHC pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 174 hp bersama padanan transmisi CVT. Tawaran enjin pengecas turbo itu adalah yang pertama dalam sejarah Civic Coupe.

Selain lebih jimat bahan api, Honda mendakwa kabin  Civic Coupe 2016 lebih senyap.

Honda-Civic-Coupe-2016-Mekanika (2)

Honda Civic 2016 akan mula djual pada Mac 2016 di pasaran Amerika Syarikat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button