Buletin

CR-V PEROLEH 5 BINTANG DALAM ASEAN NCAP

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa SUV popularnya, CR-V generasi keempat telah menerima penarafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP). 

Honda-CR-V-ASEAN-NCAP-Mekanika (2)

Dengan pengiktirafan itu, CR-V terbukti memiliki rangkaian ciri keselamatan yang komprehensif. Keputusan itu diumumkan pada Forum NCAP Global 2014 yang berlangsung di Melbourne, Australia.

Ujian pelanggan hadapan dilakukan pada kelajuan mencecah 64km/j. CR-V mendapat lima bintang dari aspek Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan 86 peratus untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak. Ia merupakan markah tertinggi berbanding ujian pelanggaran fasa sebelumnya.  Model City generasi sebelum ini mencatat 81 peratus, sementara Civic mendapat 82 peratus dalam ujian pelanggaran Fasa 1 dan 2.

SONY DSC

CR-V dilengkapi oleh rangkaian ciri keselamatan yang lengkap. Struktur tubuhnya menepati piawaian G-force Control Technology (G-CON) yang berfungsi mengalihkan impak pelanggaran daripada kabin. Sementara ciri Advanced Compatibility Engineering (ACE) pula menyerap tenaga impak untuk mengurangkan kecederaan.

SUV itu juga dipasang satu ciri keselamatan baharu, Motion Adaptive Electronic Power Steering (MA-EPS) yang berfungsi bersama Vehicle Stability Assist (VSA) untuk membantu mengurangkan under steer dan over steer.

Honda-CR-V-ASEAN-NCAP-Mekanika (1)

Bukan itu sahaja, CR-V dilengkapi Electronic Brake Force Distribution (EBD), Anti-lock Braking System (ABS), Side Curtain Airbag System (untuk varian  2.4L), dua beg udara SRS, beg udara sisi dengan Occupant Position Detection System (OPDS) serta banyak lagi.

SONY DSC

Sejak diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada Mac 2013, lebih 10,600 unit CR-V generasi terbaharu telah terjual. Honda Malaysia juga yakin bahawa CR-V akan mengekalkan posisinya selaku peneraju dalam segmen SUV.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button