Buletin

HONDA N-BOX SLASH

Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan penjualan model kei-car terbaharunya yang dikenali sebagai N-BOX SLASH.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (4)

Ia merupakan model kelima dalam rangkaian N Series selepas  N-Box, N-Box+, N-One dan N-WGN. Kenderaan berbentuk kotak yang hadir dengan warna-warna comel itu menawarkan praktikaliti dan sememangnya sangat popular di Jepun.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (6)

N-BOX SLASH didatangkan dalam lima gaya berbeza iaitu Bright Rod, Street Rod, California Diner, Hawaii Glide dan Tennessee Session. Gaya Bright Rod diserlahkan menerusi hiasan dalaman berwarna beige yang mengambil mood era tahun 1950-an dan 1960-an.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (10)

Dengan ruang kabin berwarna hitam, varian Street Rod lebih tertumpu kepada gaya Hot Rod. Jadi, kabinnya dibina seperti jentera lumba, lengkap bersama kemasan berwarna perak.

Gaya California Diner pula mengambil inspirasi restoran di California. Atmosferanya diserlahkan dengan ruang dalaman berwarna merah, bendera hitam putih (checkered-flag) dan tempat duduk seperti sofa.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (12)

Bagi mereka yang sukakan suasana seperti di pantai dengan tona langit biru, laut dan pasir, tema Hawaii Glide mungkin sesuai untuk anda. Tetapi, jika anda lebih gemarkan ruang dalaman yang lebih klasik, gaya Tennessee Session pasti dapat memenuhi selera tersebut. Atmosfera varian ini diserikan dengan warna coklat pada tempat duduk yang dibalut kulit dan pada papan pemukanya.

Berbeza dengan model N-BOX yang lain, N-BOX SLASH telah direndahkan sebanyak 100mm. Garis bumbungnya juga melurut ke belakang untuk menjadikannya seperti sebuah coupe dua pintu. Penampilan jentera ini diserlahkan lagi melalui kemasan-kemasan pada bahagian bumbung, pintu belakang dan tempat mengisi minyak.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (3)

Sebagai sebuah kei-car, ruang kabin yang luas menjadi ciri utama. Namun, N-BOX SLASH dilihat lebih istimewa kerana ia dilengkapi sistem pemetaan bunyi yang terdiri daripada lapan buah pembesar suara dan sebuah subwoofer.

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (1)

Jentera comel ini akan dijana oleh pilihan enjin DOHC turbo yang dipadankdan dengan kotak gear CVT. Gabungan itu mampu mencatat penjimatan bahan api sehingga 25.8km/l (berdasarkan kepada perkiraan mode JC08).

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (5)

Dalam laman web rasminya, Honda memberitahu bahawa N-BOX SLASH akan ditawarkan pada bermula RM40,000 seunit. Perghhhh… memang makan hati kalau macam ni…
[hr]GALERI 

Honda-N-BOX-Slash-mekanika (7)Honda-N-BOX-Slash-mekanika (9)Honda-N-BOX-Slash-mekanika (11)Honda-N-BOX-Slash-mekanika (15)Honda-N-BOX-Slash-mekanika (17)Honda-N-BOX-SLASH-mekanika-xtra (1)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button