Buletin

HONDA PATENKAN TRANSMISI 3 KLAC, 11 KELAJUAN!

Jika anda rasa gear dengan 5,6 atau 8 kelajuan tidak cukup, bersabar. Kerana Honda sudahpun mempatenkan teknologi transmisi dengan 11 kelajuan.

batch_is-honda-developing-an-11-speed-automatic-transmission-with-3-clutches-110512_1

Transmisi automatik yang memiliki tiga klac itu dipatenkan ke dalam sistem Paten Jepun baru-baru ini. Menurut paten tersebut, Honda mendakwa klac ketiga itu berfungsi untuk memastikan kehilangan kuasa tork dapat dikurangkan apabila kedudukan gear ditukar.

Transmisi dengan tiga klac itu dijangka membuatkan penukaran gear ketika memecut lebih lancar dan pantas. Malah, kotak gear itu juga menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

ACURA-NSX-2017-MEKANIKA (3)

Ketika ditanya bilakah transmisi tersebut boleh menjadi kenyataan, Honda bagaimanapun menyatakan bahawa setakat ini, ia masih belum ada pelan solid untuk memproduksikannya.

Buat masa sekarang, Honda menggunakan kotak gear klac berkembar pada model Acura TLX dan NSX Supercar. Manakala kotak gear CVT pula digunakan kepada model lebih massa seperti Honda City, Jazz dan Honda Civic 2016.

Ford-F150-EcoBoost-V6-mekanika (5)

Dalam perkembangan berkaitan, Ford dan General Motors sudahpun memperkenalkan transmisi automatik 10 kelajuan. Ia bakal digunakan pada model Ford F-150 dan Chevrolet Camaro ZL1 untuk tahun 2017.

Ford juga dilaporkan sedang membangunkan kotak gear 11 kelajuan. Lawan, jangan tak lawan…

Google ads
Back to top button