Buletin

HONDA THAILAND PERKENAL BRIO & AMAZE FACELIFT

Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. hari ini memperkenalkan model kompak Brio and Brio Amaze facelift ke pasaran Thailand.

Honda-Brio- Amaze-facelift-mekanika (7)

Honda mendakwa kedua-dua model eco itu menawarkan lebih keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan. Model baharu ini menerima penambahbaikan dari segi luaran dan dalamannya.

Gril hadapan telah direka semula, bampar lebih sporty dan rim aloi baharu. Ruang kabin pula dilengkapi konsol baharu, suis pada stereng, sistem pendingin hawa automatik, selain ketersambungan Bluetooth dan USB .

Honda-Brio- Amaze-facelift-mekanika (1)

Brio Amaze kini menggunakan lampu utama jenis projector LED, lampu kabus dan spoiler belakang. Di samping Multi Information Display (MID), sistem kunci pintar Honda dan butang penghidup enjin.

Brio dan Brio Amaze dijana oleh enjin SOHC i-VTEC empat silinder 16 injap bersesaran 1.2 liter berkuasa 90hp yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Jentera ini mendapat penarafan Euro 4. Semua varian dilengkapi dua beg udara, brek ABS, EBD dan sistem penggera keselamatan.

Honda-Brio- Amaze-facelift-mekanika (4)

Honda Brio V CVT ditawarkan pada harga 495,000 Baht (RM56,200). Sementara Honda Brio Amaze pula hadir dalam dua varian dengan V CVT berharga 517,000 Baht (RM58,688) dan SV CVT 577,000 Baht (RM65,470) seunit.

Kedua-duanya didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan perak.

Honda-Brio- Amaze-facelift-mekanika (6)

Kali ini, Honda Thailand menawarkan kadar faedah istimewa kepada pelanggan setia Honda. Pelanggan juga akan menerima pemeriksaan penyelenggaraan dan alat ganti percuma mulai 10,000 hingga 50,000km.

Google ads
Back to top button