Buletin

Kereta Mini Nissan dan Mitsubishi

Ini merupakan produk hasil kolaborasi di antara Nissan dan Mitsubishi untuk pasaran Jepun. 

Nissan dan Mitsubishi baru-baru ini mendedahkan kepada umum kereta mini yang mereka bangunkan bersama untuk pasaran domestik Jepun.

Kereta-Mini-Nissan-Mitsubishi-3

Dijangka mula dijual pada Jun depan, kereta itu adalah hasil kerjasama dua pengeluar kenderaan dari Jepun tersebut yang ditandatangani pada tahun 2010. Kerjasama itu bermatlamat menghasilkan kereta mini eksklusif untuk pasaran Jepun.

Justeru, Nissan dan Mitsubishi masing-masing bakal menawarkan dua versi kereta mini. Nissan tampil dengan model yang dikenali sebagai Dayz dan Dayz Highway Star. Sementara Mitsubishi pula dengan model eK dalam bentuk Wagon dan Custom.

Kereta-Mini-Nissan-Mitsubishi-4

Harus tahu juga bahawa kerjasama tersebut tidak terhad kepada segmen itu sahaja. Malah Nissan dan Mitsubishi merancang untuk menghasilkan wagon menjelang tahun 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button