BuletinModifikasi

KIT SUPERCHARGER HONDA CR-Z

Syarikat perlumbaan jentera Honda di Amerika Utara, Honda Performance Development (HPD) baru-baru ini memperkenalkan kit supercharger untuk model Honda CR-Z.

HPD Supercharged CR-Z

HPD aktif membangunkan aksesori prestasi jalanan untuk Honda CR-Z. Diperkenalkan buat pertama kali pada acara SEMA Show 2013, kit dan semua aksesori untuk CR-Z kini sudah boleh dibeli di semua pengedar Honda di Amerika Syarikat.

“Dengan aksesori HPD, termasuklah kit supercharger ini, CR-Z akan mengejutkan semua orang menerusi prestasi yang mampu ditawarkannya,” jelas Presiden HPD, Art St. Cyr.

HPD Supercharged CR-Z

Boleh dipasang pada CR-Z tahun 2013 dan 2014, kit tersebut mampu menghasilkan kuasa sehingga 197hp, berbanding 130hp pada CR-Z biasa. Kit itu merangkumi intercooler air-to-air, pancitan bahan api bertekanan tinggi, ECU yang dikaliberasi untuk mematuhi regulasi CARB AT-PZEV dan minyak RON91serta sistem penapis udara HPD.

Eksklusif untuk CR-Z manual sahaja, HPD turut membangunkan limited slip differential dan klac sport HPD untuk pelanggan yang mahukan prestasi lebih tinggi.

kit-supercharger-Honda-CR-Z-mekanika (3)

Honda menyatakan bahawa kit ini ditawarkan pada harga AS$5,495 (RM17,394) tidak termasuk kos pemasangan. Lebih menarik lagi, kit ini disokong oleh Honda dan jaminan selama lima tahun dikekalkan sekiranya ia dipasang oleh mana-mana pengedar sah Honda.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button