Buletin

LAKARAN BAHARU AMAROK LEBIH AGRESIF

Volkswagen baru sahaja mendedahkan lakaran trak pikap pertamanya, Amarok. Ia jelas menampilkan rekan serta ciri sebuah trak pikap premium.

Amarok-sketch-2016-mekanika (2)

Sama seperti rekaan sebelum ini, Amarok baharu akan menggabungkan aspek pemanduan seperti sebuah kereta dengan kemampuan off-road sepenuhnya.

Bahagian hadapannya kelihatan lebih atletik. Manakala panel instrumen yang telah diubah suai menyerlahkan rasa premium jentera tersebut. Dengan panjang 5.25 meter dan lebar 2.23 meter, Amarok nyata memenuhi aspek gayaan dan konsep sebuah trak pikap klasik.

Amarok-sketch-2016-mekanika (3)

Amarok dijana oleh beberapa plihan enjin. Antaranya ialah enjin V6 TDI bersesaran 3.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 272PS dan 600Nm Tork. Prestasi pecutan 0 hingga 100 km/j hanya memerlukan masa 7.9 saat. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan kotak gear 4MOTION sepenuh masa.

Amarok dijangka mula dijual di pasaran United Kingdom menjelang akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button